Dengan masa penyediaan lebih kurang 5minit dah siap dah menu breakfast Ainn pagi ni :-)
Resipi Roti Telur Hancur
Bahan2:
*4keping roti - dibakar
*1biji telur
*1/2tbs sos cili
*1/2tbs mayonis
*1/2tsp serbuk lada hitam
*Sedikit minyak
Cara2:
1. Panaskan minyak dan goreng telur sambil dikacau2.
2. Masukkan telur yang digoreng tadi ke dalam mangkuk. Masukkan sos cili, mayonis dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
3. Ambil roti yang telah dibakar dah letakkan campuran telur ke atas roti. Lapikkan dengan kepingan roti yang lain.
Tips: Telur digoreng sehingga 3/4 masak sahaja.
Hihi bila ada serbuk lada hitam ni dah macam menu orang dalam pantang aje. Ainn memang suka lada hitam, rasa pedas menyengat gitu. Kalau tak suka abaikan aje yang ni.
Hujan dah mula turun ni nak kena cepat2 ambik kakak kat sekolah, kesian dia tunggu lama2 nanti.
No comments:
Post a Comment