Sunday, 23 August 2015

Puding Roti Lebihan Aiskrim Goreng

"Tak berhenti masak hari ni!"

Hihihi, banyak pulak ye nak masak. Bahagian Ainn pulak sampai 4 resipi share kat sini. Tapi biasa la resipi Ainn simple2 je. Resipi orang bujang, baru belajar nak masak.

Bukan setakat banyak masak hari ni, tapi hari asyik makan roti je. Nasi langsung tak dimasak. Anak2 su suka la makan benda2 macam ni. Su pulak demam, nak harapkan ank buah dia yang sorang ni memang tak makan nasi la. Hihihi..

Buat aiskrim goreng tadi, bahagian tepi roti tu bayak tak digunakan. Nak buang macam sayang je, buat puding roti je la. Kebetulan pulak dalam buku resipi Chef Haniliza ada resipi puding roti, try la buat daripada buang macam tu je.

Biasa la kepakaran Ainn dalam mengolah resipi ni. Hahaha dah macam masterchef la pulak nak olah resipi orang yang lebih pakar ni. Alah cakap je la tak cukup bahan, then buat je guna bahan mana yang ada aje. Tu bukan olah dik non! Tak kisahlah apa pun.


Inilah hasilnya puding roti tadi. Banyak yang tak jadi, dengan sosnya yang agak pekat, langsung tak seperti yang dicari kat abang google. Nasib baik ada aiskrim, penambah kesedapan puding tu. Sudahnya makan ngan aiskrim je, tak sentuh pun sos karamel tu. Untuk yang nak cuba resipi ni Ainn share resipi asal daripada Chef Halieliza.

Puding Roti

Bahan2:
*8keping roti
*400ml susu segar
*2tbs marjerin
*4tbs gula galus
*2biji telur
*1tsp tepung jagung
*2tbs gula
*2tbs tepung kastard
*1tin susu cair

Cara2:
1. Rendamkan roti di dalam susu segar. Biarkan selama 30minit.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama marjerin dan gula halus.
3. Masukkan tepung jagung. Kacau.
4. Campurkan kedua2 adunan dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
5. Bakar dengan suhu 180°c selama 20minit.
6. Untuk sos karamel, masakkan bancuhan gula, tepung kastard dan susu cair di atas api perlahan.
7. Tuangkan sos karamel di atas puding roti yang telah siap dibakar.
Extra: Makan dengan aiskrim pon sodap!!!

No comments:

Post a Comment