Saturday, 29 August 2015

Lamb Chop Dengan Coleslaw Tanpa Fries

Done for breakfast, kita bercerita pasal menu untuk lunch pulak. Lunch kali ni kita makan western ya. Favourite Ainn ni masak ala western. Western food ni lagi senang bagi Ainn. Berbanding lauk pauk masakan Melayu susah sikit la bagi Ainn. Boleh buat kalau ikut resipi je. Tapi kalau makanan berkuah pun belum tentu lagi menjadi walupun dah ikut resipi. Huhuhu..

Lunch tadi Ainn makan western. Semestinya 100% air tangan Ainn sendiri. Kalau Malay food mesti nak kena bantuan su jugak. Untuk western food su memang surrender. Kalau ikutkan Ainn suka perap dengan western spices, tapi disebabkan kat rumah su tak ada semua bahan2 tu terpaksalah Ainn mencuba resipi lain. Kali ni Ainn ambik resipi Chef Hanilieza jugak, sebab resipi dia memang simple, sesuai dengan orang yang macam Ainn; malas + tak pandai masak.

Resipi Lamb Chop Bawang Putih

Bahan2:
*2keping lamb
*1tbs sos Worcestershire
*1tbs sos bbq
*1tsp serbuk lada hitam

Cara2:
1. Perap lamb dengan semua bahan. Biarkan selama sejam.
2. Bakar sehingga masak.
Tips: Supaya lebih terasa bahan perapan tu sebaiknya diperap selama beberapa hari.
Tips 2: Disebabkan tak ada pembakar, dan Ainn tak suka hasil menggunakan oven, Ainn bakar menggunakan non-stick pan dengan sapuan sedikit minyak zaitun.

Kalau setakat nak makan lamb macam ni je macam tak lengkap je. Lagipun diet Atkins yang Ainn baru amalkan beberapa hari ni memang menyarankan makan sayur untuk membantu proses pelawasan. Dah la buah tak boleh makan. So sebagai pelengkap Ainn buatlah sedikit coleslaw. Fries tak ada la sebab tak boleh makan potato huhu. Oke Ainn share jugak resipi macam mana nak buat coleslaw ni. Resipi pun daripada Chef Hanieliza jugak :-)

Resipi Coleslaw

Bahan2:
*1/4 biji kubis - diparut
*1/4 batang lobak merah - diparut
*2tbs yogurt asli
*1/4 cawan mayonis
*Sedikit perahan jus lemon

Cara2:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Gaulkan. Siap!

Dan hasil kombinasi 2resipi ni maka siaplah menu untuk lunch Ainn hari ni.


Macam tak lengkap je bila tak ada fries. Tak kisahlah, Atkins punya diet punya pasal. Huh risau betul dengan diet Atkins tu, tapi buat coleslaw ada lemon boleh pulak :-)

No comments:

Post a Comment