Friday, 21 August 2015

Resipi Ayam Masak Merah

Saja2 je menjengah ke dapur, tengok su tengah mencuci ayam. Cepat je bertanya menu apa nak masak nanti, su pula minta idea nak masak apa. Hmm rasa macam nak makan ayam masak merah, tapi macam biasa2 je lauk tu. Terus suggest kat su masak ayam paprik.

Sedang Ainn kupas bawang nak masak paprik, kakak pulak masuk dapur tanya nak masak apa. Belum soalan berjawab dia minta buatkan ayam masak merah.

Ayam masak merah pulak? Bahan2 nak buat paprik su dah ambil kat laman. Bukan bahan apa pun, setakat daun limau purut & serai je. Bila kakak minta masakkan ayam masak merah Ainn memang tak kisah la, memang Ainn nak makan tu pun asalnya tadi, so diamkan aje la. Cuma ayam la nak kena perap dengan garam+kunyit dulu. Ayam pulak dah potong kecik2 saiz xs dah, sebab plan nak masak paprik.

Tak kisahlah nak masak apa pun, Ainn tolong mana patut je, sambil2 belajar. Dan hasil 'tolong' tu dapat la resipi untuk lunch hari ni.

Ayam Masak Merah

Bahan2:
*1 ekor ayam - potong kecil
*1/2inci kunyit hidup - tumbuk halus
*Sedikit garam - tumbuk halus
*8ulas bawang kecil - kisar
*5ulas bawang putih - kisar
*1biji bawang besar - kisar
*1biji bawang besar - potong panjang
*2tbs cili kisar
*3tbs sos cili
*2cawan air
*Minyak untuk menggoreng
*Garam, gula, penambah perasa secukup rasa

Cara2:
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit yang telah ditumbuk halus. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas gorengkan ayam tadi sehingga masak.
3. Dengan menggunakan separuh daripada minyak bekas menggoreng ayam tadi, panaskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, gaul seketika.
5. Masukkan air dan biarkan sehingga menggelegak. Perasakan dengan garam, gula dan penambah perasa.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong panjang dan ayam yang telah siap digoreng tadi. Kaup balikkan.
7. Siap!
Tips: Gunakan sedikit sahaja garam untuk sos kerana ayam goreng telah diperap dengan garam. Kalau tak nak letak pun tak apa.
Extra: Kalau nak lebih pedas boleh lebihkan cili giling.
Super extra: Kuantiti air boleh adjust ikut sebanyak mana kuah yang nak

Tadaaa... ni la hasil yang tolong sambil belajar tadi :-)

Kalau Ainn makan nasi berlaukkan ayam masak merah ni mesti nak makan bersama dengan ulam raja cicah budu. Berselera sungguh! Nak pulak budu tu letak hirisan bawang kecil & perahan asam limau. Menambah2 makan tadi. Hihihi...

No comments:

Post a Comment