Monday, 31 August 2015

Ayam Masak Merah

Lewat masak untuk lunch hari ni. Mana taknya, semalam dah belanja bahan2 untuk masak. Tup2 pagi tadi boleh terdelete pulak folder resipi2 yang nak dimasak minggu ni. Jenuh nak cari balik, dengan line internetnya yang tak berapa nak kuat. Almaklum dah habis data. Ni pun nasib baik celcom baik hati boleh lagi guna walaupun dah habis data, cuma tak selaju bila ada data la.

Cari punya cari, banyak pulak resipi2 kat PlayStore ni. Dah la dah lupa apa nama yang dah teruninstalled tadi. Pening nak fikir, nak ingatkan balik. Memang tak terdaya la sebab memang langsung tak ingat namanya. Yang ingatnya benda alah tu dok kat folder kedua. Dah puas mencari rupanya ada history apa yang kita pernah install, no matter you dah uninstall it or not. Dengan adanya 1st and 3rd tu senang la nak cari, pilih je the letter di antara dua tu. Alhamdullillah finally jumpa jugak Buku Resipi Istimewa tu, yang sangat2 istimewa dan bermakna bagi Ainn. Nak masak tak boleh weh tak ada ni. Nak jugak masak menu yang dah plan, nak jugak masak ikut resipi yang dah plan. Huh!

Jam dah menunjukkan pukul 1.59pm, Oren dah merengek lapar. Alamak lambat pulak nak install benda alah ni. Sabar, sabar, sikit je lagi ni! Bila installing completed cepat2 bukak. Alhamdulillah memang yang ni yang Ainn cari berjam2 tadi. Apa lagi? Cepat la sediakan bahan2 nak masak!

Resipi Ayam Masak Merah

Bahan2:
*2 ketul ayam
*Sedikit serbuk kunyit, garam, penambah perasa
*3 biji cili kering - tumbuk
*1 ulas bawang putih - tumbuk
*1/4 biji bawang besar - tumbuk
*1/3 biji tomato - tumbuk
*5mm halia - tumbuk
*3inci serai - ketuk
*20ml minyak

Cara2:
1. Ayam diperap dengan serbuk kunyit, garam dan penambah perasa. Biarkan seketika sebelum digoreng separuh masak.
2. Panaskam minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk, termasuk serai yang diketuk sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masak sehingga masak.
Extra: Boleh tambahkan gula dan garam lagi ke dalam sos.

Ainn suka tumbuk je sebab senang nak tumis. Tumis sekejap je dah masak, sebab tak ada air macam kita blend. Lagipun Ainn masak sikit je, leceh la nak blend. Bkn leceh apa, malas nak cuci blender nanti, hihi.


Dan inilah hasilnya yang Ainn masak tadi. Kesian Oren tunggu lama2 nak makan. Nasib la syg dapat isteri macam sy, tak pandai masak, buat kerja pon slow! 2.45 baru boleh makan :-P

Saturday, 29 August 2015

Lamb Chop Dengan Coleslaw Tanpa Fries

Done for breakfast, kita bercerita pasal menu untuk lunch pulak. Lunch kali ni kita makan western ya. Favourite Ainn ni masak ala western. Western food ni lagi senang bagi Ainn. Berbanding lauk pauk masakan Melayu susah sikit la bagi Ainn. Boleh buat kalau ikut resipi je. Tapi kalau makanan berkuah pun belum tentu lagi menjadi walupun dah ikut resipi. Huhuhu..

Lunch tadi Ainn makan western. Semestinya 100% air tangan Ainn sendiri. Kalau Malay food mesti nak kena bantuan su jugak. Untuk western food su memang surrender. Kalau ikutkan Ainn suka perap dengan western spices, tapi disebabkan kat rumah su tak ada semua bahan2 tu terpaksalah Ainn mencuba resipi lain. Kali ni Ainn ambik resipi Chef Hanilieza jugak, sebab resipi dia memang simple, sesuai dengan orang yang macam Ainn; malas + tak pandai masak.

Resipi Lamb Chop Bawang Putih

Bahan2:
*2keping lamb
*1tbs sos Worcestershire
*1tbs sos bbq
*1tsp serbuk lada hitam

Cara2:
1. Perap lamb dengan semua bahan. Biarkan selama sejam.
2. Bakar sehingga masak.
Tips: Supaya lebih terasa bahan perapan tu sebaiknya diperap selama beberapa hari.
Tips 2: Disebabkan tak ada pembakar, dan Ainn tak suka hasil menggunakan oven, Ainn bakar menggunakan non-stick pan dengan sapuan sedikit minyak zaitun.

Kalau setakat nak makan lamb macam ni je macam tak lengkap je. Lagipun diet Atkins yang Ainn baru amalkan beberapa hari ni memang menyarankan makan sayur untuk membantu proses pelawasan. Dah la buah tak boleh makan. So sebagai pelengkap Ainn buatlah sedikit coleslaw. Fries tak ada la sebab tak boleh makan potato huhu. Oke Ainn share jugak resipi macam mana nak buat coleslaw ni. Resipi pun daripada Chef Hanieliza jugak :-)

Resipi Coleslaw

Bahan2:
*1/4 biji kubis - diparut
*1/4 batang lobak merah - diparut
*2tbs yogurt asli
*1/4 cawan mayonis
*Sedikit perahan jus lemon

Cara2:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Gaulkan. Siap!

Dan hasil kombinasi 2resipi ni maka siaplah menu untuk lunch Ainn hari ni.


Macam tak lengkap je bila tak ada fries. Tak kisahlah, Atkins punya diet punya pasal. Huh risau betul dengan diet Atkins tu, tapi buat coleslaw ada lemon boleh pulak :-)

Telur Sosej Pengganti Roti Sosej

Sebelum ni Ainn pernah post resipi roti sosej. Ikutkan weekend Ainn punya breakfast makanan macam ni la. Roti dengan telur. Tak kisah buat macam mana pun, selalunya mesti roti dengan telur. Tapi disebabkan Ainn dah mula join group Geng Kurus Senai yang mengamalkan Diet Atkins terpaksalah Ainn melupakan menu roti tu buat masa ni. Kalau ikutkan sosej pun tak bagus juga untuk beginner macam Ainn ni. Nak makan boleh, cuma sikit2 je dan jarang2 je. Hati ni nak jugak makan roti sosej, tapi akal ni kata jangan, jaga kesihatan, kurangkan berat badan yang dah berlebih2 tu. Fikir punya fikir jadilah ini untuk Ainn punya breakfast hari ni.


Sama je dengan roti sosej, cuma kali ni sosej tu digulung dengan telur. Kalau tengah lapar Ainn lebih suka roti sosej, tapi kalau untuk sekadar mengalas perut yang ni pilihan Ainn. Makan banyak pun takpe, hihi...

Telur Sosej

Bahan2:
*5batang sosej
*2biji telur
*Secubit garam
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Telur dan garam dipukul di dalam mangkuk sehingga sebati.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Tuangkan beberapa sudu telur tadi di dalam kuali.
4. Ambil sebatang sosej, diletakkan di atas telur tadi. Gulungkan.
5. Ulang langkah 3&4 untuk baki seterusnya.
Tips: untuk memudahkan kerja menggulung sosej, disarankan menggunakan kuali leper.

Monday, 24 August 2015

Telur Bungkus, Bermulanya Diet Atkins

Sembang2 dengan Kak Ayu, mintak tips dia macam mana dia boleh kurus. Memang ketara sangat badan dia susut berbanding tahun lepas. Katanya jaga makan. Jaga makan macam mana? Sembang punya sembang dia ajak join group kurus senai. Baru 4orang members masa tu hahahaha. Sekali add bukan Ainn sorang, dia add jugak Ina & Azri join sekali. Hahaha tak pasal Ina yang dah susut tu pun kena join jugak, Azri yang tak pernah cakap nak diet tu pun join jugak.

Mula2 Kak Ayu share zumba videos, ada la dalam 3videos dia share untuk 1st day. Nampak macam senang je macam boleh ikut step tu, tapi sampai la Ainn tak try buat lagi. Hihihi

2,3 hari in group baru tahu cikgu2 yang dah kurus tu amalkan diet atkins. Susah jugak nak faham pasal diet ni. Ingatkan diet atkins ni just avoid any carbs foods, rupanya ada it's own stage. Macam Ainn ni yang baru nak mulakan ni kira masih di 1st stage la. Untuk 1st stage ni not only carbs food yang Ainn kena elakkan, tapi any FRUITS also TAK BOLEH MAKAN!!! Kalau tengok kat piramid makanan tu bottom 2groups tak boleh sentuh la ye, boleh consume upper 2groups je. Tapi SUSU & NUTS tak boleh jugak? But produk tenusu like cheese boleh pulak? Part ni macam confuse sikit, tapi just follow je la apa yang sifu cakap. Eh, bukan ke sayur dalam group 2nd stage? Level dia sama ngan buah kan? Sayur boleh consume laaaa.
Adeh memang tak boleh pakai la formula ni. Oke2, arrange semula. Yang boleh makan segala macam lauk protein + sayur je. Senang macam ni je la. Nak masak macam mana pun tak apa. Oke, so far Ainn faham ni je. Tak nak la fikir pasal ni lagi. Yang Ainn tahu lepas ni boleh makan lauk + sayur je. Dah!

And, to fulfill my diet plan, lepas ni Ainn kena masak protein dan sayur je la. For today Ainn masak telur bungkus, memang sedap! Tak percaya, cubalah sendiri. Ainn ambil resipi ni dari koleksi resepi yang Ainn install kat PlayStore. So check it out!

Resipi Telur Bungkus


Bahan2:
*2biji telur - dipukul dengan sedikit garam
*100g daging - dipotong kecil
*50g carrot - potong dadu
*30g bunga kubis - potong kecil
*3ulas bawang putih - cincang
*1/2 biji bawang besar - potong dadu
*1tbs cili kisar
*1/2tsp sos ikan
*1tbs sos cili
*1 1/2tbs sos tomato
*1tbs sos tiram
*Sedikit air
*Penambah perasa secukupnya
*2tbs minyak

Cara2:
1. Panaskan 1tbs minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan cili kisar, kacau2 sehinga pecah minyak.
3. Masukkan air dan bahan sos. Kacau seketika dan biarkan sehingga menggelegak.
4. Masukkan daging, masakkan sehingga empuk.
5. Masukkan sayur2an, kacau seketika. Ketepikan.
6. Dalam kuali lain, panaskan 1tbs minyak (balance yang tadi). Goreng telur, leperkan seperti membuat lempeng.
7. Apabila telur separuh masak letakkan inti daging tadi di tengah2 telur. Lipat 4sisi telur.
8. Telangkupkan telur di dalam pinggan untuk menghidang. Sedia dimakan.

Sunday, 23 August 2015

Puding Roti Lebihan Aiskrim Goreng

"Tak berhenti masak hari ni!"

Hihihi, banyak pulak ye nak masak. Bahagian Ainn pulak sampai 4 resipi share kat sini. Tapi biasa la resipi Ainn simple2 je. Resipi orang bujang, baru belajar nak masak.

Bukan setakat banyak masak hari ni, tapi hari asyik makan roti je. Nasi langsung tak dimasak. Anak2 su suka la makan benda2 macam ni. Su pulak demam, nak harapkan ank buah dia yang sorang ni memang tak makan nasi la. Hihihi..

Buat aiskrim goreng tadi, bahagian tepi roti tu bayak tak digunakan. Nak buang macam sayang je, buat puding roti je la. Kebetulan pulak dalam buku resipi Chef Haniliza ada resipi puding roti, try la buat daripada buang macam tu je.

Biasa la kepakaran Ainn dalam mengolah resipi ni. Hahaha dah macam masterchef la pulak nak olah resipi orang yang lebih pakar ni. Alah cakap je la tak cukup bahan, then buat je guna bahan mana yang ada aje. Tu bukan olah dik non! Tak kisahlah apa pun.


Inilah hasilnya puding roti tadi. Banyak yang tak jadi, dengan sosnya yang agak pekat, langsung tak seperti yang dicari kat abang google. Nasib baik ada aiskrim, penambah kesedapan puding tu. Sudahnya makan ngan aiskrim je, tak sentuh pun sos karamel tu. Untuk yang nak cuba resipi ni Ainn share resipi asal daripada Chef Halieliza.

Puding Roti

Bahan2:
*8keping roti
*400ml susu segar
*2tbs marjerin
*4tbs gula galus
*2biji telur
*1tsp tepung jagung
*2tbs gula
*2tbs tepung kastard
*1tin susu cair

Cara2:
1. Rendamkan roti di dalam susu segar. Biarkan selama 30minit.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama marjerin dan gula halus.
3. Masukkan tepung jagung. Kacau.
4. Campurkan kedua2 adunan dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
5. Bakar dengan suhu 180°c selama 20minit.
6. Untuk sos karamel, masakkan bancuhan gula, tepung kastard dan susu cair di atas api perlahan.
7. Tuangkan sos karamel di atas puding roti yang telah siap dibakar.
Extra: Makan dengan aiskrim pon sodap!!!

Saturday, 22 August 2015

Aiskrim Goreng Rangup di Luar, Sejuk di Dalam

Semalam beli aiskrim kat econsave bukan main lagi budak2 ni dok makan roti dengan aiskrim. Terliur jugak tengok, makan la jugak sekeping. Teringat pulak 2,3 tahun lepas selalu minta Kiki belikan aiskrim goreng kat depan sekolah bila dia datang sekolah tengahari tu. Alahai bendanya kecik je, makan satu memang tak puas. Tapi harganya mencecah RM1! Kalau buat sendiri lagi berbaloi.

Walaupun tak tahu macam mana caranya yang sebenar makcik yang jual tu buat tapi Ainn nak jugak buat pagi ni. Tak kisahlah macam mana pun Ainn cuba juga buat cara Ainn, yang semestinya sangat2 mudah!

Resipi Aiskrim Goreng

Bahan2:
*Roti
*Aiskrim
*Minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Ambil 2scoop aiskrim dan diletakkan di atas sekeping roti.
2. Ambil kepingan roti kedua diletakkan di atas roti tadi.
3. Telangkupkan gelas di atas kepingan roti bersama aiskrim. Tekan gelas sehingga roti terputus membentuk bulatan.
4. Simpan di dalam bekas freezer dan freezkan sekurangnya 10minit.
5. Apabila hendak makan, panaskan minyak dan goreng roti beraiskrim tadi selama 5saat, terbalikkan dan goreng lagi 5saat.
Tips: Pastikan minyak telah panas terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari freezer.

Aiskrim goreng yang rangup di luar sejuk di dalam sedia untuk dimakan :-)

Resipi Roti Sosej

Balik daripada ambik kakak tadi uchik dah bangun dah. Dia mintak gorengkan sosej untuk 'breakfast' dia. Breakfast la sangat, dah pukul 12 'pagi' dah pun! Layankan budak tengah lapar tu goreng la 5batang sosej, boleh la share ngan kakak & omey. Ada balance 5batang lagi ni boleh la buat roti sosej. Hihihi tak sia2 singgah kat kedai tadi belikan roti, sebab roti yang beli semalam Ainn dah buat aiskrim goreng. Resipi untuk aiskrim goreng Ainn cerita nanti ya.

Biasa la Ainn ni dengan resipi mudah Ainn je, so untuk roti sosej ni pun sangat2 mudah la jugak. Tak percaya tengok la sendiri.

Resipi Roti Sosej

Bahan2:
*5keping roti - dilenyek
*5batang sosej
*5keping keju
*1biji telur
*Minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Ambil sekeping roti. Letakkan sekeping keju dan sebatang sosej di atasnya.
2. Gulung roti dan genggam supaya melekat.
3. Pukul telur di dalam mangkuk.
4. Celupkan roti di dalam telur, kemudian gorengkan.
Extra: Boleh golekkan roti yang telah dicelup di dalam telur dengan serbuk roti sebelum digoreng, jika suka.

Geram je tengok cheese ni!

Resipi Roti Telur Hancur

Balik dari hantar abang ke sekolah su tanya nak makan apa untuk breakfast pagi ni. Dah ada roti makan roti je la. Su suruh buat roti sosej, tapi kakak ada aktiviti ko-kurikulum kat sekolah, abang pulak ada kelas khas kat sekolah agama. Bila fikir2 balik nak makan sorang2 je buat yang simple je la. Lagipun semalam dah belanja kat econsave Ainn dah 'paksa' su belikan mayonis. Tapi salad tak ada la pulak. Ingatkan dah ada. Tak kisah la, makan mana yang ada je. Menu orang bujang macam ni la.

Dengan masa penyediaan lebih kurang 5minit dah siap dah menu breakfast Ainn pagi ni :-)

Resipi Roti Telur Hancur

Bahan2:
*4keping roti - dibakar
*1biji telur
*1/2tbs sos cili
*1/2tbs mayonis
*1/2tsp serbuk lada hitam
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak dan goreng telur sambil dikacau2.
2. Masukkan telur yang digoreng tadi ke dalam mangkuk. Masukkan sos cili, mayonis dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
3. Ambil roti yang telah dibakar dah letakkan campuran telur ke atas roti. Lapikkan dengan kepingan roti yang lain.
Tips: Telur digoreng sehingga 3/4 masak sahaja.

Hihi bila ada serbuk lada hitam ni dah macam menu orang dalam pantang aje. Ainn memang suka lada hitam, rasa pedas menyengat gitu. Kalau tak suka abaikan aje yang ni.

Hujan dah mula turun ni nak kena cepat2 ambik kakak kat sekolah, kesian dia tunggu lama2 nanti.

Friday, 21 August 2015

Resipi Ayam Masak Merah

Saja2 je menjengah ke dapur, tengok su tengah mencuci ayam. Cepat je bertanya menu apa nak masak nanti, su pula minta idea nak masak apa. Hmm rasa macam nak makan ayam masak merah, tapi macam biasa2 je lauk tu. Terus suggest kat su masak ayam paprik.

Sedang Ainn kupas bawang nak masak paprik, kakak pulak masuk dapur tanya nak masak apa. Belum soalan berjawab dia minta buatkan ayam masak merah.

Ayam masak merah pulak? Bahan2 nak buat paprik su dah ambil kat laman. Bukan bahan apa pun, setakat daun limau purut & serai je. Bila kakak minta masakkan ayam masak merah Ainn memang tak kisah la, memang Ainn nak makan tu pun asalnya tadi, so diamkan aje la. Cuma ayam la nak kena perap dengan garam+kunyit dulu. Ayam pulak dah potong kecik2 saiz xs dah, sebab plan nak masak paprik.

Tak kisahlah nak masak apa pun, Ainn tolong mana patut je, sambil2 belajar. Dan hasil 'tolong' tu dapat la resipi untuk lunch hari ni.

Ayam Masak Merah

Bahan2:
*1 ekor ayam - potong kecil
*1/2inci kunyit hidup - tumbuk halus
*Sedikit garam - tumbuk halus
*8ulas bawang kecil - kisar
*5ulas bawang putih - kisar
*1biji bawang besar - kisar
*1biji bawang besar - potong panjang
*2tbs cili kisar
*3tbs sos cili
*2cawan air
*Minyak untuk menggoreng
*Garam, gula, penambah perasa secukup rasa

Cara2:
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit yang telah ditumbuk halus. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas gorengkan ayam tadi sehingga masak.
3. Dengan menggunakan separuh daripada minyak bekas menggoreng ayam tadi, panaskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, gaul seketika.
5. Masukkan air dan biarkan sehingga menggelegak. Perasakan dengan garam, gula dan penambah perasa.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong panjang dan ayam yang telah siap digoreng tadi. Kaup balikkan.
7. Siap!
Tips: Gunakan sedikit sahaja garam untuk sos kerana ayam goreng telah diperap dengan garam. Kalau tak nak letak pun tak apa.
Extra: Kalau nak lebih pedas boleh lebihkan cili giling.
Super extra: Kuantiti air boleh adjust ikut sebanyak mana kuah yang nak

Tadaaa... ni la hasil yang tolong sambil belajar tadi :-)

Kalau Ainn makan nasi berlaukkan ayam masak merah ni mesti nak makan bersama dengan ulam raja cicah budu. Berselera sungguh! Nak pulak budu tu letak hirisan bawang kecil & perahan asam limau. Menambah2 makan tadi. Hihihi...

Resipi Roti Telur Dadar

Selamat berhujung minggu semua, khas untuk mereka2 yang berada di Kelantan, Terengganu & Kedah. Tak lupa juga untuk yang berada di Johor! Hihihi Ainn la salah seorang daripadanya :-)

Weekend ni rasa malas nak stay kat rumah, petang semalam alang2 ada kerja nak kena setelkan kat office Scientex Ainn teruskan aje perjalanan ke Muar! Ni lah 'kampung' Ainn untuk cuti hari minggu. Nak balik kampung mak nun jauh di Kelantan kena tunggu cuti panjang sikit la. Hukhukhuk tiba2 rasa sedih pula mengenangkan nasib perantau macam Ainn ni :-(. Ainn ni kira untung lagi ada saudara duk sama negeri, ada orang tu harapkan saudara kat kampung je. Lagi sedih ada orang tu langsung tak ada siapa2 kat dunia ni, hidup sebatang kara! Lagi sedih kan? So think positive, bersyukur dengan apa yang ada *smile*

Oke2, tak nak cerita pasal saudara ke, pasal perantau ke. Perut dah minta diisi dah ni. Mana taknya selalu kat sekolah pukul7 dah berisi dah, paling lewat pon 7'30. Ni jam dah menunjukkan 8lebih dah, tak ada apa lagi yang masuk.

Masuk dapur tengok ada roti. Hmm makan roti dengan telur je la. Telur pon ada ni. Cari2 mayonis pulak tak ada! Buntu! Ni la susahnya bila tak pandai masak ya? Fikir punya fikir tepek je la terus telur ngan roti tu. Buat mana yang ada je!

Jeng! Jeng! Jeng!
Inilah Roti Telur Dadar hasil setengah jam tadi, dah selamat masuk perut dah pon :-$

Nak buat ni sangat2 senang. Orang bujang yang baru belajar masak macam Ainn ni memang suka buat yang simple je. Dah nama pun roti telur dadar, just buat macam telur dadar je, pastu tepek kat roti. Tak faham? Oke, ni dia resipinya.

Resipi Roti Telur Dadar

Bahan2:
*2 keping roti
*Sebiji telur ayam
*1/2 ulas bawang kecil - dimayang
*Sebiji cili padi - potong kecil
*Sedikit garam
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Pukul telur dengan garfu.
2. Masukkan semua bahan, kecuali minyak ke dalam telur yang telah dipukul tadi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Bila minyak sudah panas, masukkan  setengah daripada bancuhan telur tadi. Tunggu sehingga telur separuh masak.
5. Ambil roti, letakkan di atas telur yang separuh masak tadi. Bila dah masak, terbalikkan.
6. Ulang langkah 4&5 untung kepingan ke2.
TipsSebaiknya gunakan non-sticks frying pan, sebab tak nak guna banyak minyak.

Dah siap dah boleh la nak makan. Kalau nak makan dengan sos ke, rasanya sedap jugak kot. Ainn ni biasa la, layan kemalasan ni makan macam tu je la. Kena dengan rotinya, sungguh enak dimakan begitu saja ;-)

Saturday, 15 August 2015

Resipi Lempeng Gebu

Malam2 ni terasa lapar pulak. Mana taknya, pagi tadi makan rambutan je, petang pulak makan sup telur je. Tak ada makanan berat pun yang masuk dalam perut ni.

Malam2 macam ni tak tau nak masak apa. Nak keluar beli makanan memang malas la nak keluar semata nak beli makanan je. Fikir punya fikir terasa macam nak buat lempeng je. Dah lama tak buat lempeng. Kalau balik rumah su kakak memang suka makan lempeng.

Lempeng ni nampak je simple. Tapi macam2 versi nak buat lempeng ni. Ada yang letak bawang, ada yang letak gula, ada yang letak garam, macam2 style. Yang paling simple Ainn tau just guna tepung + air je. Kiranya 2bahan ni la bahan asas nak buat lempeng ye.

Konon2 nak cuba resipi lempeng Oren. Sekali tanya dia tak pernah pun buat lempeng. Pelik pon ada, takkan dia yang dalam kategori pandai masak tu tak tahu macam mana nak buat lempeng? Nak tak nak terpaksa la buat cara Ainn sendiri. Guna je bahan mana yang ada.

Ni hasil lempeng yang buat tadi. Penuh pinggan tu hihi. Chek out the recipe ya!

Resipi Lempeng Gebu

Bahan2:
*1/4 cawan tepung gandum
*1/4 cawan air
*1biji telur
*Sedikit susu pekat
*Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara2:
1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk, kecuali minyak. Kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas masukkan bahan tadi . Goreng sehingga masak. Jangan lupa terbalikkan ya.
Extra: sebaiknya gunakan kuali leper.

Bila dah masak boleh dimakan dengan sos cili + mayonis. Atau boleh juga dimakan dengan jem buah seperti jem strawberri atau jem blueberry. Orang bujang macam Ainn ni ngap macam tu je pon dah sedap dah..

Macam pacman pon ad ;-)

Resipi Sup Telur

Jam dah pun menunjukkan pukul 2petang, tapi perut ni tak berisi dengan makanan lagi, melainkan dengan rambutan yang Mr.Enggang bagi malam tadi. Perut dah minta diisi tapi banyak lagi kerja tak settle. Cuaca kat luar tu elok je, rugi kalau tak ambil kesempatan nak jemur kain. So kena cuci semua yang ada tu, siapkan hari ni jugak!

Habis, perut ni macam mana? Nak tak nak kena masak jugak. Masak yang simple2 je dah la. Janji perut ni berisi. Bukak fridge tengok telur ni macam memanggil2 je, masak sup telur je la. Lagi pun nak masak ni bukan susah pun. Bahan tak perlu banyak, nak masak pun 5minit je dah siap!


Oke, ni rupanya sup telur yang Ainn dah siap masak. Jangan pandang rupa tau, yang penting rasanya. Memang sedap, dengan aroma baunya tu. Kira menjadi la ni bagi orang baru belajar masak macam Ainn ni. Tapi telur kuning tu pecah le pulak masa nak masukkan dalam mangkuk tu, sayang betul!!

Resipi ni Ainn dapatkan kat koleksi resipi yang Ainn install kat PlayStore. Nama resipi apa entah, dia guna nama mat salleh punya. Drop Egg Soup kot kalau tak silap. Bahan2 tu Ainn olah la sikit2 ikut apa yang ada kat dapur. So inilah jadinya resipi Ainn, yang Ainn tukar namanya yang senang disebut, Sup Telur!

Resipi Sup Telur

Bahan2:
*3biji telur ayam - Ainn memang beli gred A je
*5ulas bawang putih - dimayang. Ainn suka ketuk dulu sebelom mayang supaya aroma bawang putih tu keluar habis. Konon2 la... bila dah ketuk dah xnampak la halus2 mayang tu
*1-2inci halia - kalau ikut resipi asal dia gunakan halia muda, tapi Ainn suka guna halia tua sebab lagi kaw, sedap buang angin dalam badan nanti. Halia ni potong panjang2 ye
*minyak untuk menumis
*1/2 kiub ayam - kalau ikut resipi asal dia gunakan air rebusan tulang ayam. Sebab tak ada Ainn guna kiub ayam je
*1cawan air
*daun sup + daun bawang - Ainn guna daun ketumbar supaya ada rasa pedas2 sikit
*sedikit serbuk lada hitam
*sedikit penambah perasa, Ainn guna Knorr Pasti Sedap
**2bahan last tu Ainn tambah sendiri

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia.
2. Masukkan air dan kiub ayam. Tunggu hingga menggelegak.
3. Pecahkan telur satu per satu.  Jangan kacau supaya telur tak pecah. Masukkan serbuk lada hitam dan penambah perasa.
4. Bila dah menggelegak taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
Extra: boleh tambahkan cili padi potong kalau suka pedas. Ainn dah tak masukkan cili padi sebab halia, lada hitam & daun ketumbar dah cukup 'pedas' bagi Ainn.

Selamat mencuba!