Friday, 12 August 2016

Udang Tiga Rasa Manja Kasih

Dah lama tak masak, terasa nak masak balik macam dulu2 walaupon tak pandai sangat bab masak memasak ni. Kat sekolah tadi sempat cari resipi untuk dimasak petang ni. Siap bagitau hubby lagi hari ni nak masak.

Mungkin salah paham, dia duk ingatkan Ainn nak masak untuk makan tengahari, balik tadi dia tak masak pape pon. Nak tunggu masak dulu balik sekolah alamatnya lewat la makan tengahari. Tapi memang lewat pon makan tengahari tadi sebab hubby memang tak masak. Dekat pukul 3 jugak hubby siap masak paprik campur dia tu.

Untuk makan malam awal2 lagi Ainn dah keluarkan udang dari icebox. Ainn lebih suka kalau defrost sendiri, tak suka rendam air macam sesetengah orang buat. Memang dah plan awal2 lagi nak masak udang tiga rasa petang ni, kan dah cari resipinya awal2 lagi.

Ainn memang suka baca blog Kak Azie. Banyak resipi Ainn ambik kat situ. Dan untuk udang masak tiga rasa hari ni pon Ainn ambik kat belog dia jugak la. Cuma kuantiti bahan je la Ainn main campak je ikut suka hati Ainn.

Resipi Udang Tiga Rasa Manja Kasih
Bahan2:
6ekor udang
*3tangkai cili kering
*1ulas bawang merah
*1ulas bawang putih- saiz kecil
*Halia sebesar kuku jari ibu
1batang serai saiz kecil
1/2biji bawang besar - potong
1biji cili - potong serong
1tbs sos cili
1tbs sos tomato
1/2tbs sos tiram
1/2tbs kicap
Gula
Garam
Minyak

Cara memasak:
1. Tumbukkan bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kalau nak berkuah boleh tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan udang, bawang besar dan cili. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata, dan siap!

Tak sampai 15minit, dah siap pon. Hubby pon tegor jugak Ainn masak kejap je. Mana tak kejapnya yang, masakan simple je. Nak pulak bahan tumis tu kan tumbuk je, jimat la masa menumis berbanding blend.

Cukup dengan menu ni je, paprik hubby masak tengahari tadi ada lagi, sayur makan yang tu je la ya. Hihihi.

No comments:

Post a Comment