Saturday, 13 August 2016

Roti Sosej Berkeju Gebu-Gebu Manis


Bahagianya rasa bila hari ni tak payah masak. Dan langsung tak rasa bersalah bila tak masak, sebab hubby pon tak masak jugak. Selalunya kalau Ainn tak masak kerja hubby la duk ktang ktung ktang ktung kat dapur. Nak masuk dua2 duk dapor tak muat, rumah kos rendah so dapurnya kecik je lah.

Hikmahnya kurang sihat semalan, sehari duk ngemas bilik bawah ni. Malam tadi rasa macam nak demam je. Sebelom tidur hubby spray air kat satu badan ni, pastu ngadap kipas no3! Jaga2 pagi tadi dah 6.30am, sambung balik 9.30am baru terjaga pulak. Puas hati betol tidur. Hahaha. Tak cukup dengan tu bermalas2 lagi 10lebih kot baru mandi. Hiii macam mana ni nak jadi teladan terbaik untuk anak2 nanti? Yang ni jangan tiru tau!

Siap mandi hubby ajak makan kat luar je. Brunch je la terus. Siap2 makan kitorang pusing2 pergi JB, Kulai, pastu pusing2 kat airport. Dalam 1.30 baru balik rumah.

Duk lepak ngan hubby sambil nonton tv baru teringat hari ni ada jemputan, Kak Suhaidah kat Taman Aman. Selamat pengantin baru ye kak. Ainn doakan akak dan suami berkekalan hingga ke jannah. Sorry tau Ainn pergi lewat tadi, tak sempat nak tengok akak sanding. Pukul4 baru pergi pengantin dah siap makan, siap lepak2 lagi kat luar dewan tu. Huhu.

Petang 6.30 pulak hubby ajak pergi pasar malam. Dah lama dia mengidam nak makan nasi kerabu sambal berapi tu. Layankan je la. Dan macam biasa akan beli jugak sate. Maksudnya tak payah masak la ye untuk malam ni. Smile :-)

Walaupon perut hubby dah kenyang pekena nasi kerabu sebungkus, tambah lagi dengan sate dan buah mata kucing, perut sendiri pon nak kena isi jugak. Mana cukup dengan 5cucuk sate je. So kita masak la ye apa yang simple2 je.

Roti Sosej Berkeju Gebu-Gebu Manis
Bahan2:
5keping roti
5batang sosej
5keping keju
1biji telur
1tbs susu pekat
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Lenyekkan roti. Ini supaya roti tidak menyerap banyak minyak semasa proses menggoreng.
2. Letakkan kepingan keju di atas kepingan roti yang telah dilenyekkan tadi.
3. Ambil sosej dan letakkan di hujung roti. Gulung roti dan kepal2kan supaya gulungan lebih kemas. Ketepikan.
4. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
5. Masukkan susu dan pukul rata.
6. Celupkan roti yang telah digulung tadi ke dalam telur.
7. Panaskan minyak, dan gorengkan gulungan roti tadi. Pastikan api perlahan dan cepat2 dibalik2kan supaya roti tidak hangit.
Tips: Untuk memastikan gulungan roti tidak terbuka boleh dilekatkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum.
Tips 2: Gunakan minyak yang sedikit untuk mengelakkan penyerapan minyak yang berlebihan.
Extra: Boleh juga digelekkan roti ke dalam serbuk roti selepas digelekkan ke dalam telur, jika suka.
Bila dipotong boleh nampak cheesenya tuh, tak sabar rasanya nak dingap. Lebih sesuai kalau dibuat menu untuk breakfast.

Friday, 12 August 2016

Daging Masak Hitam

Awal betol masak untuk makan malam ni. Boring kot duk kat rumah ni tak tahu nak buat kerja apa. Hubby kurang sihat hari ni, dari tengahari tadi sakit kepala. Ainn pulak dari tadi duk kemas bilik bawah ni yang bersepahnya dah mengalahkan stor kat atas. Tak siap kemas lagi, rehat kejap dari ngemas la ni yang jadi tak tahu nak buat apa. Takot petang2 nanti dah penat, sementara tengah rehat dari ngemas dan masih bertenaga ni masak aje la dulu. Bagi hidung ni bernafas kejap, dari tadi duk terbersin2 duk sedut habuk. Huhuhu.

Seperti biasa la nak masak ni Ainn kena bermanja2 dengan Abang Google dulu nak dapatkan resipi. Dan antara resipi pilihan Ainn semestinya dari belog Kak Azie ;-)

Dah jumpa resipi mana yang berkenan di hati, tengok2 bahan macam hampir lengkap semuanya. Kurang 1 je dari bahan2 yang Kak Azie buat tu. Kira on aje la. Lagi pon fungsi buah keras tu hanya untuk lembutkan daging je kan? Hihi betol ke tak ni? Rasanya Ainn pernah baca la Chef Hanieliza pernah tulis kat buku dia.

Dah lah bahannya tak lengkap 100%, kuantiti bahan tu pon ikut sendiri jugak. Tak cukup dengan tu, cara masaknya pon ikut suka hati sendiri je. Bukan apa, Ainn rasa cara Ainn masak ni senang. Main campak2 je kejap je siap. Hihi. Tapi kalau nak ikut resipi Kak Azie yang asal pon boleh, akak ni lagi pro la bab masak.

Resipi Daging Masak Hitam
Bahan2:
100g daging - potong kecil
*2tangkai cili kering
*1/2labu bawang besar saiz kecil
*1ulas bawang putih
*3/4" halia
1batang serai - diketuk
1/2labu bawang besar saiz kecil - potong
2tbs kicap manis
Secubit asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
1tsp gula melaka - disagat halus
Secubit garam
1cawan air
Sedikit minyak

Cara memasak:
1. Tumbukkan bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan air.
4. Apabila air menggelegak masukkan bahan2 lain. Kacau dan renehkan.
5. Apabila air hampir kering selalu kacau supaya tidak hangit. Siap!

Ainn masak memang tak suka guna minyak banyak untuk menumis. Sebabkan itu lah nampak kering je. Bahan2 yang ditumis tu melekat elok je kat daging2 tu. Bolehlah digaul dengan nasi bagi yang tak suka makan kering tanpa kuah.

Penne Goreng Istimewa

Belek2 picture kat dalam hp jumpa yang ni. Baru 3kali Ainn masakkan penne goreng ni. Dan semuanya ada kenangan tersendiri. Paling tak boleh lupa masa 1st time Ainn masak penne ni awal tahun lepas. On the way nak pergi sekolah Ainn accident, depan sekolah. Sempat bagi kawan2 makan, cuma Ainn je la tak lalu nak makan masih rasa berdebar.

Kali kedua masak masa sambutan Hari Raya baru2 ni. Ainn masakkan ni untuk hidangan anak2 istimewa Mutiara Senai. Sorang2 makan sikit je, tapi pakat duk kutip sosej dengan udang la. Biasa la anak2, sayur2 semua nak kena paksa makan dulu. Kena ugut tak dapat duit raya baru diorang nak makan.

Dan kali ketiga Ainn masak kononnya istimewa untuk hubby. Bukannya Ainn tak tahu hubby tak suka mi dan pasta. Entahlah gatal sangat nak jugak masak penne ni untuk dia. Sudahnya Ainn sorang je yang sentuh. Huhuhu.

Oke, jom semak resipinya yang ambik dari Chef Hanieliza.

Resipi Penne Goreng
Bahan2:
100g penne
50g udang - dibuang kulit
1batang sosej - dipotong bulat2 kecil
2biji cendawan butang - dipotong nipis
1biji tomato - dipotong dadu
1/2labu bawang besar saiz kecil - dipotong dadu
1/2biji capsicum - dipotong dadu
50g brokoli - dipotong kecil
1/2tbs sos cili
1tbs tomato puri
1/2tsp lada hitam
1tbs minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Penne direbus dan ditoskan airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis tomato dan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan tomato puri. Kacau rata. Boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan udang, capsicum dan brokoli. Kacau seketika.
5. Masukkan sosej dan cendawan butang. Kacau lagi.
6. Masukkan penne. Kacau rata.
7. Taburkan lada hitam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan siap dihidangkan.
Tips: Rebus penne dengan menggunakan air rebusan kulit udang supaya dapat menyerap lebih rasa manis udang.

Pancake Mudah, Gebu, Marvelous

Pagi ni tak tahu nak masak apa. Perut dah lapar. Rasa macam nak goreng nasi tapi nasi malam tadi dah habis. Kalau nak nasi goreng jugak kena tanak nasi dulu la. Hadoi dah jam 8lebih, nak tunggu nasi dulu pastu baru dibuat nasi goreng entah bila baru boleh makan.

Teringat Cikgu Dila pernah ajar anak2 kat kelas masak pancake. Resipi yang sangat mudah, apa salahnya kalau Ainn cuba. Kalau anak2 boleh buat dengan jayanya takkan cikgunya ni tak boleh pulak kot.

Resipi Pancake Mudah, Gebu, Marvelous
Bahan2:
1cawan tepung gandum
1/2cawan susu cair
1/2cawan air
1biji telur - dipukul terlebih dahulu
1 1/2tbs gula
1tsp baking powder
1tbs minyak

Cara2:
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau rata sehingga bahan2 tadi sebati dan tidak berketul.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
3. Sendukkan adunan ke dalam kuali, dengan anggaran 1/2 cawan.
4. Masak pancake dengan api perlahan. Masakkan kedua2 belah bahagian pancake.
5. Apabila sudah masak boleh diangkat dan disusun di dalam pinggan.

Ainn buat tadi dapat 3keping pancake, dengan saiz yang sama. Kiranya ngam2 la 3kali senduk dengan anggaran 1/2 cawan tadi.

Pancake ni boleh dimakan dengan madu atau coklat atau apa2 jem yang dirasakan sedap. My hubby mintak susu pekat, dah terbiasa dengan lidah Kelantan nak makan makanan manis.

Udang Tiga Rasa Manja Kasih

Dah lama tak masak, terasa nak masak balik macam dulu2 walaupon tak pandai sangat bab masak memasak ni. Kat sekolah tadi sempat cari resipi untuk dimasak petang ni. Siap bagitau hubby lagi hari ni nak masak.

Mungkin salah paham, dia duk ingatkan Ainn nak masak untuk makan tengahari, balik tadi dia tak masak pape pon. Nak tunggu masak dulu balik sekolah alamatnya lewat la makan tengahari. Tapi memang lewat pon makan tengahari tadi sebab hubby memang tak masak. Dekat pukul 3 jugak hubby siap masak paprik campur dia tu.

Untuk makan malam awal2 lagi Ainn dah keluarkan udang dari icebox. Ainn lebih suka kalau defrost sendiri, tak suka rendam air macam sesetengah orang buat. Memang dah plan awal2 lagi nak masak udang tiga rasa petang ni, kan dah cari resipinya awal2 lagi.

Ainn memang suka baca blog Kak Azie. Banyak resipi Ainn ambik kat situ. Dan untuk udang masak tiga rasa hari ni pon Ainn ambik kat belog dia jugak la. Cuma kuantiti bahan je la Ainn main campak je ikut suka hati Ainn.

Resipi Udang Tiga Rasa Manja Kasih
Bahan2:
6ekor udang
*3tangkai cili kering
*1ulas bawang merah
*1ulas bawang putih- saiz kecil
*Halia sebesar kuku jari ibu
1batang serai saiz kecil
1/2biji bawang besar - potong
1biji cili - potong serong
1tbs sos cili
1tbs sos tomato
1/2tbs sos tiram
1/2tbs kicap
Gula
Garam
Minyak

Cara memasak:
1. Tumbukkan bahan bertanda (*).
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kalau nak berkuah boleh tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan udang, bawang besar dan cili. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata, dan siap!

Tak sampai 15minit, dah siap pon. Hubby pon tegor jugak Ainn masak kejap je. Mana tak kejapnya yang, masakan simple je. Nak pulak bahan tumis tu kan tumbuk je, jimat la masa menumis berbanding blend.

Cukup dengan menu ni je, paprik hubby masak tengahari tadi ada lagi, sayur makan yang tu je la ya. Hihihi.