Belek2 resipi macam2 resipi menarik nak masak udang ni. Tapi bahan pulak tak cukup. Kat dapur budak baru belajar masak ni manalah ada bahan2 pelik2 tu semua. Setakat goreng aje boleh la. Nak tak nak terpaksa la masak ikut cara sendiri. Adeh nak masak apa ya? Hahaha tomato puri balance buat sotong sumbat kelmarin ada sikit lagi ni. Kalau dibiarkan lama2 takut rosak pulak nanti. Dan2 je ada idea nak masak apa :-)
Konon2 nak masak udang je. Tapi disebabkan tak boleh makan udang banyak2 terpaksa la campur dengan protein lain. Mana la nak cukup 5ekor udang je. Makan lebih kan gatal pulak hidung ni. Nampak macam sedap je kan menu hari ni? Hihihi perasan la pulak :-P
Resipi Udang Bertelur Masam Manis
Bahan2:
*5ekor udang
*2biji telur
*4biji bawang merah - tumbuk
*2ulas bawang putih - tumbuk
*1tbs puri tomato
*1/2tsp perasa
*1/2 tsp gula
*1/2 tsp gula
*Sedikit minyak
Cara2:
1. Udang diperap dengan sedikit perasa. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur sebiji2, dijadikan telur mata, dan udang. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan tadi, tumiskan bahan yang ditumbuk.
4. Masukkan puri tomato, gula dan lebihan perasa. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan udang dan telur yang telah digoreng tadi. kacau rata. Siap!
Extra: tomato puri dicampur dengan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.
Senang je kan masakan ni. Hihi masakan Ainn memang yang simple2 je, yang penting sedap :-)
No comments:
Post a Comment