Thursday, 3 September 2015

Ayam Goreng Menggamit Kenangan Kanak2

Hari ni terasa nak makan ayam goreng je. Memang simple sangat menu hari ni. Walupun simple tetapi ada nilai2 tersendiri. Ini kenangan Ainn bersama tok ayoh dan sepupu2 Ainn; abe, angoh, achik masa kecik2 dulu. Ceritanya, kami semua tengah nonton tv. Ada pulak iklan KFC. Nampak macam sedap, tapi kami anak2 kampung ni mana la terdedah sangat dengan restoran makanan segera macam ni. Seingat Ainn makan luar pun tak pernah apa lagi nak makan kat tempat2 macam ni.

Tiba2 tok ayoh cakap, "kita pun bulih wat setakat lagu ni, setakat aye goreng cicoh sos jah tu gak!"

Esoknya tok ayoh belikan ayam sekor, then nenek goreng la ayam tu. Apa lagi kami pun makan la ayam tu dengan bercicahkan sos cili. Sedapnya tak terkata, walaupun tak bersalut tepung macam ayam KFC tu. Budak2, mesti la suka ayam kan. Tak kisahlah ayam tu masak apa, asalkan ayam.

Bila dah lama tak makan macam ni terasa macam mengidam pulak. Kebetulan pulak ayam ada. Cuma kali ni Ainn adjust sikit la bahan2 tu. Alah sikit aje adjustnya.

Resipi Ayam Goreng Menggamit Kenangan

Bahan2:
*1ketul ayam
*Sedikit serbuk kunyit
*Sedikit serbuk kari
*Sedikit perasa
*Minyak

Cara2:
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan perasa. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga masak. Hidangkan.


Kalau ikutkan memang nak makan ayam ni cicah sos, sekali tengok sos cili dah expired la pulak. Terpaksa cicah mayonis + thousands island. Not bad la. Masuk jugak mulut ;-)

No comments:

Post a Comment