Monday, 14 September 2015

Chicken Grill *chicken chop yang tak berapa menjadi*

Dalam English class semalam Ainn beritahu next week nak buat tiramisu untuk kelas masak. Dan2 je Syafiq tanya bila nak buat popia sosej yang salin resipi last two weeks? Alahai kesian Syafiq, dia tak datang last week, diorang semua dah masak dah pun. Diorang pulak senyap je takde cerita apa2, itu yang Syafiq tak tahu cerita. Ainn pulak konon2 nak share anak2 masak popia sosej ni last week tapi asyik tertangguh je. Macam malas la pulak sebab dah lama sangat. Lagipun resipinya sama je macam resipi popia sosej yang Ainn pernah share sebelom ni. Ya memang resipi Ainn simple2 je. Anak2 pun tahu kalau turn Ainn yang ajar masak mesti senang nak buat. Tak kisah la simple ke apa ke, yang penting anak2 cakap sedap. Yoke Ling yang susah nak makan sampai kena paksa tu pun makan habis! Hihihi riak la pulak. Budak2 macam ni tahu ke nak cakap tak sedap?

Okey, tak nak cerita pasal anak2 ni. Kali ni Ainn nak share resipi baru yang memang simple jugak. Kalau ikutkan dengan resipi asal Chicken Chop yang kat Buku Resipi Istimewa tu memang jauh bezanya. Konon2 nak olah resipi tu ikut diet Atkins yang Ainn dok follow ni. Hasilnya? Mak aii dalam banyak2 bahan tu secoet ni je yang tinggal? Dan disebabkan Ainn tak celup tepung tak goreng macam resipi tu Ainn tukar la namanya jadi chicken grill. Suka hati Ainn la kan? Hihihi

Tapi disebabkan Ainn makan rasa macam sedap je walaupun bahannya hanya sebegitu, Ainn nak share la kat sini. Tak kisahlah walaupun masa Ainn makan tu rasa sedap sebab lapar. Hakhakhak..

Nampak tak, nak rebone pon tak reti!!

Tengok gambar ni nampak macan sedap kan? Seriously memang sedap! Huh tak habis2 lagi nak perasan :-P
Oke, resipinya ialah.... very the simple!

Resipi Chicken Grill

Bahan2:
*Seketul ayam - rebone
*Sedikit serbuk lada hitam
*Sedikit sos Worcestershire
*Sedikit minyak zaitun

Cara2:
1. Gaulkan ayam yang telah direbone dengan serbuk lada hitam dan sos Worcestershire. Perap sejam.
2. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan.
3. Bakar ayam hingga masak.
Tip: Minyak tak perlu banyak. Sekadar sapukan dekat bahagian nak letak ayam ke. Ainn sapu tisu yang dicelup minyak je, senang kerja!
Tips2: Kadang2 Ainn punya malas ni Ainn perap siap2 minyak tu sekali dengan sos dan lada hitam, so dah tak payah letak minyak lagi.

Kali ni Ainn tak sukat, so tak boleh nak beritahu la berapa sukatan bahan2 yang Ainn guna tu. Melainkan ayam je, Ainn guna seketul bahagian paha. Lagipun sukat menyukat ni untuk orang tak pandai masak macam Ainn je.

Senang + sedap. Makan pulak dengan sos cili + mayonis + thousand island, memang sedap sehingga menjilat jari!

Sunday, 6 September 2015

Biskut Lapis Cheese a.k.a Cheesekut, requested by Zhafry

"Hello!"
"Hello, cikgu! Cikgu, kita nak yang macam cikgu buat hari tu, ada tak?"
"Ala, tak ada la Zhafry. Nanti sy buat ya?!"

Dah lama sangat dah sebenarnya Zhafry request ngan Ainn buatkan biskut lapis cheese ni. Tapi disebabkan susah sangat nak dapatkan krim cheese kat econsave itu yang jadi susah nak buat. Asyik tertangguh je. Zhafry pulak asyik tanya bila nak buatkan cheesekut tu. Serba salah pulak jadinya.

Nak dijadikan rezeki Zhafry semalam Kak Ain buat majlis akikah Razein. Dah alang2 kat Bandar Putra apa salahnya singgah sekejap kat ioi Mall tu. Manalah tahu kat situ ada cream cheese yang duk cari selama ni. Alhamdulillah memang rezeki Zhafry, memang ada! Kali ni nak cuba brand Philadelphia la pulak. Lagi pun guna yang ni senang, 250g so guna je setengah tin susu nanti. Balik tu apa lagi terus buat la. Dah memang senang je nak membuatnya. Tak percaya? Tengok ni...

Resipi Biskut Lapis Cheese

Bahan2:
*250g cream cheese
*250g susu pekat
*Cheese craker secukupnya
*Sedikit nestum

Cara2:
1. Putarkan cream cheese bersama susu pekat sehingga sebati dan kembang.
2. Di dalam bekas, lapiskan cheese craker.
3. Lapiskan dengan cream yang dipukul tadi.
4. Taburkan sedikit nestum menutupi permukaan krim.
5. Ulang langkah 2 - 4 sehingga habis
6. Sejukkan di dalam peti sejuk.


Nah, ini special untuk Zhafry. Comot giler Ainn buat hihihi. Ainn suka lapisan cream tu tebal, so that's why tak nampak sangat lapisan biskut tu. Kalau kurangkan ketebalan cream tu mesti dapat banyak bekas kot. Tapi nak kena banyak biskut la sebab nak kena buat banyak lapisan. Nestum pun, kena lebih jugak. One more, masa pun nak kena lebih jugak la :-P

Saturday, 5 September 2015

Tomyam Ke Ni?


Apa yang anda nampak? Tomyam ke asam rebus? Huhu tak tahu nak cakap. Nak kata tomyam ada macam asam rebus. Nak kata asam rebus dah setepek kat situ cakap tomyam. Hurmm...

Oke, ini semalam punya dinner. Konon2 nak masak tomyam campur, konon2 la. Tapi Ainn ni memang tak pernah lulus kalau masak masakan berkuah macam ni. Inilah hasilnya. Tak tahu apa yang jadi. Hadoii tak tahulah ni bila nak pandai masak masakan berkuah macam ni.

Oren? Huh, dia belasah aje apa yang bini dia ni masak. Tak apa, slow2 belajar katanya. Inshaa Allah nanti pandai la. 'Nanti' tu bila yang? Dah la tomyam ni favourite syg...

Disebabkan masakan kali ni tak menjadi, so tak ada la resipinya ya. Takkan nak share jugak benda yang taj menjadi kan. So selamat pagi semua, semoga hari ini lebih baik daripada hari2 sebelumnya ;-)

Friday, 4 September 2015

Udang Bertelur? Hurmm Masam2 Manis Gitu

Asyik makan ayam je, tukar selera la pulak hari ni. Bukak ice box tengok ada udang yang belum bersentuh pun lagi. Boleh la ni masak udang hari ni. Tapi tak boleh makan banyak, nanti tak pasal2 berair je hidung ni nanti.

Belek2 resipi macam2 resipi menarik nak masak udang ni. Tapi bahan pulak tak cukup. Kat dapur budak baru belajar masak ni manalah ada bahan2 pelik2 tu semua. Setakat goreng aje boleh la. Nak tak nak terpaksa la masak ikut cara sendiri. Adeh nak masak apa ya? Hahaha tomato puri balance buat sotong sumbat kelmarin ada sikit lagi ni. Kalau dibiarkan lama2 takut rosak pulak nanti. Dan2 je ada idea nak masak apa :-)


Konon2 nak masak udang je. Tapi disebabkan tak boleh makan udang banyak2 terpaksa la campur dengan protein lain. Mana la nak cukup 5ekor udang je. Makan lebih kan gatal pulak hidung ni. Nampak macam sedap je kan menu hari ni? Hihihi perasan la pulak :-P

Resipi Udang Bertelur Masam Manis

Bahan2:
*5ekor udang
*2biji telur
*4biji bawang merah - tumbuk
*2ulas bawang putih - tumbuk
*1tbs puri tomato
*1/2tsp perasa
*1/2 tsp gula
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Udang diperap dengan sedikit perasa. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur sebiji2, dijadikan telur mata, dan udang. Ketepikan.
3. Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan tadi, tumiskan bahan yang ditumbuk.
4. Masukkan puri tomato, gula dan lebihan perasa. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan udang dan telur yang telah digoreng tadi. kacau rata. Siap!
Extra: tomato puri dicampur dengan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat.

Senang je kan masakan ni. Hihi masakan Ainn memang yang simple2 je, yang penting sedap :-)

Thursday, 3 September 2015

Ayam Goreng Menggamit Kenangan Kanak2

Hari ni terasa nak makan ayam goreng je. Memang simple sangat menu hari ni. Walupun simple tetapi ada nilai2 tersendiri. Ini kenangan Ainn bersama tok ayoh dan sepupu2 Ainn; abe, angoh, achik masa kecik2 dulu. Ceritanya, kami semua tengah nonton tv. Ada pulak iklan KFC. Nampak macam sedap, tapi kami anak2 kampung ni mana la terdedah sangat dengan restoran makanan segera macam ni. Seingat Ainn makan luar pun tak pernah apa lagi nak makan kat tempat2 macam ni.

Tiba2 tok ayoh cakap, "kita pun bulih wat setakat lagu ni, setakat aye goreng cicoh sos jah tu gak!"

Esoknya tok ayoh belikan ayam sekor, then nenek goreng la ayam tu. Apa lagi kami pun makan la ayam tu dengan bercicahkan sos cili. Sedapnya tak terkata, walaupun tak bersalut tepung macam ayam KFC tu. Budak2, mesti la suka ayam kan. Tak kisahlah ayam tu masak apa, asalkan ayam.

Bila dah lama tak makan macam ni terasa macam mengidam pulak. Kebetulan pulak ayam ada. Cuma kali ni Ainn adjust sikit la bahan2 tu. Alah sikit aje adjustnya.

Resipi Ayam Goreng Menggamit Kenangan

Bahan2:
*1ketul ayam
*Sedikit serbuk kunyit
*Sedikit serbuk kari
*Sedikit perasa
*Minyak

Cara2:
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan perasa. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga masak. Hidangkan.


Kalau ikutkan memang nak makan ayam ni cicah sos, sekali tengok sos cili dah expired la pulak. Terpaksa cicah mayonis + thousands island. Not bad la. Masuk jugak mulut ;-)

Wednesday, 2 September 2015

Ayam Goreng Kunyit

Oke, kali ni tak nak celoteh panjang2 sebab dah dekat nak maghrib dah pon. Huhu sempat lagi ye update blog! So just wanna share, hari ni Ainn masak ayam goreng kunyit. Rasanya sedap, tak tahulah sebab betul2 sedap atau sebab tengah lapar giler makan tadi. Mana taknya, rehat tadi 9.30am makan asam pedas ikan siakap je, tu pun makan kepala. Ni dah petang baru nak makan. So, here's the recipe!

Resipi Ayam Goreng Kunyit


Bahan2:
*100g isi ayam - potong dadu
*50g sotong - potong bulat
*Bunga kubis
*5batang kacang panjang - potong 1inci
*1biji bawang besar - potong
*2ulas bawang putih - hiris nipis
*1tbs serbuk kunyit
*1tbs sos tiram
*1tsp gula
*1/2tsp perasa
*3tbs minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam dan sotong sehingga masak.
2. Masukkan sos tiram, gula dan perasa. Gaul sebati.
3. Masukkan sayur dan bawang. Masak sehingga sayur layu. Sedia dihidang.
Extra: Tambahkan lada hijau yang dipotong serong jika suka pedas.
Superextra: Ainn tambahkan sedikit air sebab tak suka makanan kering.

Selamat mencuba, salam maghrib :-)