Thursday, 16 June 2016

Daging Goreng Kunyit

Asyik makan ayam je, sahur tadi Ainn masak daging pulak. Kebetulan pergi Econsave hari tu ada beli daging, langsung tak bersentuh lagi. Boleh la pagi ni masak daging.

Taknak masak yang susah2 untuk sahur, kita main goreng2 je. Pagi ni kita masak daging goreng kunyit. Senang nak buat, cepat je masak.

Nak lagi senang kerja? Letak siap2 sayur dalam tu, dah tak payah masak lauk lain untuk sayur. Hihihi.

Resipi Daging Goreng Kunyit

Bahan2:
100g daging - hiris
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1/2biji lada merah - potong serong
1biji cili padi - ketuk
1ulas bawang putih - hiris
1/4biji bawang besar - potong
Sedikit kubis
Sedikit lobak merah - potong bulat
Sedikit minyak

Cara memasak:
1. Daging diperap bersama garam dan serbuk kunyit. Sama macam sebelomnya Ainn perap siap2 sebelom tidor.
2. Masukkan daging, sedikit minyak dan sedikit air ke dalam kuali. Agak2 air tu sampai tenggelam daging.
3. Apabila air mula kering masukkan sedikit lagi minyak.
4. Masukkan lada, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
5. Apabila bawang hampir layu masukkan kubis dan lobak merah. Gaul seketika dan boleh diangkat.

Pagi tadi selera nak makan membuak2, tak sempat nak snap pic. Alah bukannya ada deco apa2 pon kalau Ainn masak. Huhuhu.

Wednesday, 15 June 2016

Ayam Masak Kicap Hitam Legam

Malam tadi lena sangat tidor. Dah la tidor awal. Tak tahu pukul berapa terjaga, kejutkan Oren semata2 nak tanya dah pukul berapa? Hahaha terbaik punyalah isteri pon.

'Enpon tak berkokok lagi maknanya belom pukul 4 lagi la tuh...!' 4.30 jugak la baru Ainn bangun masak untuk sahur. Kalau ikut list menu untuk sahur dan berbuka, menu yang masak pagi ni sepatutnya menu berbuka semalam. Tak kisahlah kan bila2 pon.

Duk ktang ktung ktang ktung sorang2 kat dapor akhirnya jadi jugak ayam masak kicap ni, walaupon hitam legam aje warnanya. Warna hitam legam takpe asalkan rasanya boleh ditelan. Jom check resipinya sama2.

Resipi Ayam Masak Kicap Hitam Legam

Bahan2:
4ketul ayam saiz kecil
Serbuk kunyit
Garam
Rempah kari daging
1biji kentang - potong bulat
1biji bawang merah saiz kecil - tumbuk
1ulas bawang putih saiz kecil - tumbuk
1/2cm halia - tumbuk
1/2tsp sos tiram
1/4tsp sos cili
1/4tsp kicap cair
1tbs kicap manis
1/2biji limau kasturi - diambil jusnya
1/2biji bawang besar Holland saiz kecil- potong panjang
1/2biji lada - potong serong
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Perap ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk kari. Ainn perap siap2 sebelom tidur.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Ketepikan.
3. Gorengkan kentang. Ketepikan.
4. Kurangkan minyak, cukup2 untuk menumis. Tumiskan bahan tumbuk.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan jus limau. Kacau rata. Boleh tambah air kalau nak kuah.
6. Masukkan ayam, lada dan bawang besar. Kacau. Siap!

Ketam Masak Lemak

Sepatutnya ni menu untuk sahur. Sebab bangun dah lewat, nak masak lagi memang dah tak sempat. So Ainn forward jadikan menu untuk berbuka. Kiranya semalam buat 2menu la, kuih melaka dengan ketam masak lemak. Dan dua2 ni tak snap pic sebab enpon tertinggal kat kelas. Langsung tak terpikir nak guna enpon hubby. Tapi enpon dia gambar tak cantik. Hihihi.

Resipinya Ainn ikut resipi ketam masak lemak cili padi. Ainn punya tak boleh namakan dengan nama ni kot, sebab guna 2bijik je cili padi. Sebab tu la Ainn namakan ketam masak lemak je, cili padinya tu bahan tambahan je.

Dan untuk kali ni Ainn try masak guna susu, tak gunakan santan. Banyak kali Ainn bagitau Oren Ainn guna susu gantikan santan, dia diam aje. Risau kot2 dia tak boleh nak terima. Ye lah bila guna susu ni kan kurang sikit rasa lemaknya. Dia diam aje lantak la.

Bila nak hidang petang tu baru dia paham yang Ainn duk cakap guna susu tu dalam masakan ketam ni. Dia duk ingatkan Ainn cakap pasal ondeh2. Alahai syg, ondeh2 mana la guna santan. Guna kelapa ye la nak salut tu.

Macam tak boleh terima je dia bila Ainn guna susu. Muak katanya. Ingat lagi beli tomyam kat Chiku3 ari tu dia gunakan santan, tak habis pon tomyam tu. Padahal dua2 hantu tomyam. Benda dah siap yang, makan je la.

Aih, dalam duk kata muak tu sampai menambah makan nasinya. Kira sedap la tu. Hihihi hubby tak puji kita puji sendiri.

Resipi Ketam Masak Lemak

Bahan2:
2ekor ketam
1/2cm lengkuas - tumbuk
1/2cm halia - tumbuk
2biji cili api - tumbuk
2ulas bawang merah - tumbuk
1ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
1batang serai - dititik
1keping asam gelugor
150ml susu cair
400ml air
Serbuk knorr
1kiub pati ikan bilis

Cara2:
1. Masukkan air, bahan tumbuk, serbuk kunyit, susu, serai dan asam gelugor ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk Knorr dan pati ikan bilis. Kacau lagi, pastikan kiub ikan bilis hancur.
3. Masukkan ketam dan biarkan ianya mendidih. Tunggu sehingga kepekatan kuah yang diingini.

Walaupon banyak bahan yang perlu digunakan tapi cara nak masaknya tu senang je :-)

Resipi Kuih Melaka @ Ondeh-Ondeh

Puasa dah lebih seminggu baru nak buat kuih. Bagitau Oren nak buat ondeh2 boleh pulak dia tanya ondeh2 tu macam mana. Kot2 orang Kelantan panggil nama lain katanya. Loh, Kelate pon panggil ondeh2 jugak la. Siap suruh google lagi cari gambar. Tak puas hati betul.

Ni ha contoh gambar ondeh2. Boleh pulak dia kata ni kuih biji nangka? Yang, tu lain la. Ni namanya ondeh2.

Tak kisahlah apa namanya, bila dia cakap dia makan kuih ni boleh la belajar buat. Hihihi. Dah lupa dah Ainn ambik resipinya kat mana, Ainn buat ikut sukatan Ainn sendiri. Just ikut bahan yang dia bagi je.

Resipi kuih ondeh-ondeh @ kuih melaka

Bahan:
1cawan tepung pulut
2helai daun pandan - blend, diambil airnya sahaja
Sedikit kapur
Gula melaka - potong kecil
Secubit garam
Kelapa parut
Air untuk merebus

Cara:
1. Air pandan dikacau bersama2 dengan kapur.
2. Masukkan air tadi ke dalam mangkuk berisi tepung beras. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh digentel.
3. Ambil sedikit tepung dan digentelkan. Leperkan sedikit, letakkan gula melaka dan gentel bulat. Pastikan gula melaka betul2 bersalut tepung supaya tidak terkeluar.
4. Sambil2 menggentel tepung, rebus air di dalam periuk.
5. Kelapa digaul bersama garam di dalam bekas lain.
6. Rebus tepung yang sudah digentel sehingga ia terapung. Toskan airnya.
7. Golek2kan ke dalam bekas berisi kelapa.

Ikut sukatan ni Ainn buat boleh 2x makan. Untuk 2orang makan rasanya cukup kalau guna 1/2 cawan je tepung tu. Lagi pon dah ada makanan lain kan nak makan untuk berbuka, bukannya makan kuih ni semata2.

Monday, 13 June 2016

Ayam Masak Merah Sangat Simple

Weee, dah lama sangat2 tak update belog nih. Nampak sangat dah tak masak kan? Takde la tak masak langsung, cuma boleh kira dengan jari je la berapi kali Ainn masak sepanjang tempoh senyap tak update pape ni.

Hari ni, puasa ke8 Ainn sempat masak untuk encik suami tercinta. Agak kelam kabut jugak bila dah agak lewat sampai kat rumah tadi. Nasib baik masakan simple je. Dan encik suami pulak jenis tak kisah walaupon hanya masak 1menu je.

Inilah menu berbuka untuk hari ni. Satu2nya menu yang Ainn masak. Encik suami pulak masakkan nasinya. Resipi ni Ainn ceduk je, ambik kat sini. Disebabkan dia menggunakan setengah ekor ayam, Ainn pulak berdua je dengan encik suami so Ainn kurangkan la kuantiti bahan yang digunakan. Termasuklah bahan yanh takde memang tak taruk langsung lah. Hihihi. Dan ini resipi Ainn selepas diolah sikit.

Resipi Ayam Masak Merah Sangat Simple

Bahan2:
4ketul ayam saiz kecil
5tangkai cili kering - tumbuk
1/4 batang kulit kayu manis - tumbuk
1ulas bawang putih - tumbuk
1biji bawang kecil - tumbuk
1/4inci halia - tumbuk
1/4inci lengkuas - tumbuk
1tbs sos cili
1tbs sos tomato
3percik sos ikan
1/3biji tomato saiz kecil - potong dadu
1/2tsp serbuk knorr
1tsp gula
1/3biji bawang besar Holland saiz kecil
Minyak masak

Cara memasak:
1. Ayam yang telah dibersihkan diperap dengan garam dan kunyit seketika dan digoreng. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak menggoreng ayam tadi *guna sikit saje* tumiskan bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk knorr dan gula. Kacau.
5. Percikkan sos ikan. Kacau.
6. Masukkan tomato dan bawang besar. Kacau lagi.
7. Apabila bawang sudah layu masukkan ayam. Kacau rata. Siap!