Tak banyak pon sebenarnya bahan yang nak dibeli tu. Carrot, potato dan daun sup je. Kalau tak letak pon takpe je, boleh je buat sup ayam tanpa 3bahan tu. Tapi Ainn nak jugak ikut resipi tu so kena la cukup bahan2nya. Lagipon kalau takde carrot dan potato rasa macam tak menarik je supnya nanti. Sama jugak kalau takde daun sup, macam tak lengkap tanpa aroma daun tu.
Jam dah pon menunjukkan pukul 1petang. Tapi Ainn masih lagi tak berganjak dari katil. Sedap lagi duk lepak dalam bilik. Hubby dah mula tegor, 'Taknak masak lagi ke?' Aduh Ainn dah blur tak tau nak masak apa. Nak dilayan blur ni karang lapar pulak Mr. Hubby nanti. Perut dia nak kena jaga jugak.
Masuk dapur keluarkan ayam dari ice box, buat aja apa yang terlintas. Janji masakan tu cepat siap. Kan dah lewat ni baru nak masak. Dan semestinya masakan simple2 je la yang Ainn masak.
Tengah masak tu Aisy pulak menangis nak susu. Kelam kabut dibuatnya. So campak aje mana yang ada, mana yang tercapai dek tangan. Kononnya nak masak ayam dengan sos tiram dah lain pulak jadiknya. Kan dah namanya pon main capai aje mana yang dapat. Jadik la ayam masak kicap.
Ayam Masak Kicap Istimewa
Bahan2:
3ketul ayam - potong kecil2
*Kunyit hidup
*Garam
*1biji bawang merah
*1ulas bawang putih
2biji cili - potong serong
1/2 biji bawang besar
Sedikit sayur - Ainn guna brokoli dan cauliflower
Kicap manis
3tbs minyak masak
Cara memasak:
- Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat.
- Perapkan ayam dengan bahan tumbuk seketika.
- Panaskan minyak. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
- Masukkan bawang besar, cili dan sayuran pilihan. Percikkan juga sedikit kicap. Gaul rata.
Tips: Apabila ayam dimasukkan, teruskan menggaul ayam supaya semua ayam sebati dengan minyak. Ini supaya ayam tidak melekat pada kuali kerana minyak yang digunakan adalah sedikit.
Tips2: Boleh tambahkan air jika mahukan berkuah.
Kenapa Ainn namakan masakan ni ayam masak kicap istimewa? Tang mana istimewanya tu? Nampak macam biasa2 je.
Meh sini nak cerita. Satunya, sebab tadi masa Ainn tengah masak hubby tanya Ainn masak apa. Ainn sendiri tak tahu masakan apa yang Ainn masak. Yang Ainn tahu Ainn nak masak untuk dia. Kiranya istimewa untuk hubby la. Dan yang keduanya, ni kira tips la kepada siapa2 yang tak suka bawang. Disebabkan hubby tak suka bawang, kalau ada bawang mayang nipis macam mana pon, dah potong kecik mana pon dia akan kutip satu2 ketepikan bawang2 tu. Ainn pulak suka masak guna bawang banyak. Dah kawen ni je kurangkan kuantiti bawang dalam masakan. Nak balancekan citarasa kitorang Ainn tumbuk la bawang2 tu. Bila dah hancur takde la hubby bersusah payah nak ketepikan bawang2 tu dulu sebelom makan. Itu je. Hihihi takde apa yang istimewa sangat pon.
Lagi satu kenapa Ainn perap ayam tu dengan bawang sekali? Bukan ke selalunya kita masak ni perap ayam dengan garam dan kunyit je, bawang tu jadi bahan tumis kan? Jawapan Ainn senang je. Nak mudahkan kerja. Cepat je siap. Dan jugak supaya ayam tu meresap semua bahan2 tu. Kan takde kuah. Kalau dari awal lagi terpikir nak letak sos tiram memang awal2 lagi dah perap sama2 dengan sos tiram tu. Sebab lambat pikir la tak terperap sama2. Sudahnya sos tiram pon tukat kepada kicap. Kelam kabut punya pasal.
Sama la jugak dengan minyak tu. Selalunya kan kita goreng dulu ayam pastu ketepikan. Minyak tu nak kena buang dulu separuh, tinggalkan sikit aje untuk menumis. Kan ke leceh tu, banyak kerja nak kena buat. Lagi pon nak kena berjimat la, kan minyak dah mahal sekarang ni. Oppsss!
No comments:
Post a Comment