Saturday, 12 November 2016

Sayur Campur Cepat & Mudah

Malas nak cari resipi2, so kita masak aje la mana2 masakan yang simple, yang tak payah nak rujuk mana2 resipi. Ingat dulu2 selalu pergi umah su, dia selalu mintak Ainn gorengkan sayur. Walaupon nak masaknya sangat2 mudah tapi sedap rasanya. Ini ikut kata su la. Sama jugak kalau balik kampung memang tugas Ainn la goreng sayur. Melainkan nak masak sayur dengan kaedah lain. Masak lemak ke contohnya, memang bukan Ainn la tukang masaknya.

Taknak cakap banyak, Ainn share je resipi Ainn ni kat sini. Malu sebenarnya sebab masakan ni termatlah senang. Tak perlukan banyak masa pon sebenarnya nak masak ni. Sesuai sangat untuk orang yang sibuk atau macam Ainn, malas. Hihihi.


Sayur Campur

Bahan2:
5ekor sotong - potong ikut suka
1/2batang carrot - potong ikut suka
Brokoli
Bunga kubis
2ulas bawang putih
3biji bawang kecil
2biji cili padi
Garam
Minyak
Sedikit air

Cara memasak:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan cili padi hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan carrot. Kacau seketika. Masukkan air jika nakkan sedikit berkuah.
  4. Apabila air menggelegak, masukkan brokoli, bunga kubis dan sotong.
  5. Apabila sotong masak, perasakan dengan garam. Siap!

Tips: sotong tidak perlu dimasak dengan lama untuk mengelakkan menjadi keras atau kenyal.

Senang aje. Dengan satu menu je cukup melengkapkan keperluan sayur dan protein. Tapi Ainn sediakan jugak lauk protein lain. Kena dengan ikan cencaru goreng panas, berselera je makan.

Tuesday, 8 November 2016

Sup Ayam Tertangguh

Sepatutnya sup ayam ni Ainn masak semalam, ikut plan asal. Tapi disebabkan banyak bahan yang tak cukup terpaksalah Ainn tangguhkan dulu niat ni. Walaupon hari ni masih lagi ada bahan yang belom cukup tapi Ainn on aje jugak. Baru la sesuai kan dengan belog nih. Kan untuk orang2 yang baru belajar masak macam Ainn ni, dan jugak semestinya nak masakan yang simple2 je.

Resipi kali ni Ainn cari kat iresepi.com, dishare oleh Che'Nom. Kalau 'peminat' iresipi mesti perasan Che'Nom banyak share resipi kat situ. Apa yang menariknya resipi Che'Nom ni dia langsung tak guna sup bunjut atau rempah sup. Dua2 ni dia langsung tak guna.

Tapi Ainn tetap jugak guna cara Ainn. Sebabnya bahan tak cukup la. Dah puas cari potato tetap jugak tak jumpa. Untuk rempah ratus tu pulak kononnya Ainn beli sup bunjut Mak Siti, bukak bunjutnya tu nak tengok bahan apa yang ada dalam tu. Ingatkan mana yang belom ada tu nak beli loose la. Sekali bukak rempah ratusnya tu dah dihancurkan walaupon tak betol2 hancur. Kat bungkusan pon ada tulis 3bahan je. So Ainn ambik keputusan guna aje bahan mana yang ada.

Bahan2:
4ketul ayam - potong kecil
1bungkus sup bunjut - dibuka bungkusannya
2biji bawang merah - ditumbuk
3ulas bawang putih - ditumbuk
1/2batang lobak merah - potong dadu
1biji tomato - belah 4
3cawan air
Garam
Minyak
1pokok daun sup
1pokok daun bawang
4biji cili
Bawang goreng
Limai nipis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dalam sup bunjut dan bawang.
  2. Masukkan ayam. Gaulkan seketika.
  3. Masukkan air. Renehkan sehingga menggelegak.
  4. Masukkan lobak merah sehingga sedikit empuk.
  5. Masukkan tomato, garam dan 3tangkai daun sup. Renehkan sehingga masak.
  6. Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang, daun sup dan cili. Taburkan juga bawang goreng dan perahkan limau nipis.

Ini cara orang Kelantan makan sup. Terasa lengkap dengan masin, masam, pedas. Kalau kat Johor pulak Ainn belajar makan dengan kuah kicap. Ikut selera masing2 ya.

Monday, 7 November 2016

Ayam Masak Kicap Yang Kelam Kabut

Tadi Ainn dah share masakan semalam, daging singgang Kelantan. Menu semalam berjaya dimasak seperti yang diinginkan. So untuk hari ni Ainn plan nak masak sup ayam pulak. Dah google dah, dah jumpa pon resipi mana yang jadi pilihan untuk dicuba. Sayangnya bahan yang diperlukan tak cukup la pulak. Mana yang boleh dibeli dekat kedai runcit kat rumah ni tak kisahlah. Yang nak kena pergi kedai yang jual barang basah tu la yang malasnya. Harapkan lori jual ikan je la datang nanti.

Tak banyak pon sebenarnya bahan yang nak dibeli tu. Carrot, potato dan daun sup je. Kalau tak letak pon takpe je, boleh je buat sup ayam tanpa 3bahan tu. Tapi Ainn nak jugak ikut resipi tu so kena la cukup bahan2nya. Lagipon kalau takde carrot dan potato rasa macam tak menarik je supnya nanti. Sama jugak kalau takde daun sup, macam tak lengkap tanpa aroma daun tu.

Jam dah pon menunjukkan pukul 1petang. Tapi Ainn masih lagi tak berganjak dari katil. Sedap lagi duk lepak dalam bilik. Hubby dah mula tegor, 'Taknak masak lagi ke?' Aduh Ainn dah blur tak tau nak masak apa. Nak dilayan blur ni karang lapar pulak Mr. Hubby nanti. Perut dia nak kena jaga jugak.

Masuk dapur keluarkan ayam dari ice box, buat aja apa yang terlintas. Janji masakan tu cepat siap. Kan dah lewat ni baru nak masak. Dan semestinya masakan simple2 je la yang Ainn masak.

Tengah masak tu Aisy pulak menangis nak susu. Kelam kabut dibuatnya. So campak aje mana yang ada, mana yang tercapai dek tangan. Kononnya nak masak ayam dengan sos tiram dah lain pulak jadiknya. Kan dah namanya pon main capai aje mana yang dapat. Jadik la ayam masak kicap.

Ayam Masak Kicap Istimewa

Bahan2:
3ketul ayam - potong kecil2
*Kunyit hidup
*Garam
*1biji bawang merah
*1ulas bawang putih
2biji cili - potong serong
1/2 biji bawang besar
Sedikit sayur - Ainn guna brokoli dan cauliflower
Kicap manis
3tbs minyak masak


Cara memasak:

  1. Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Perapkan ayam dengan bahan tumbuk seketika.
  3. Panaskan minyak. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
  4. Masukkan bawang besar, cili dan sayuran pilihan. Percikkan juga sedikit kicap. Gaul rata.

Tips: Apabila ayam dimasukkan, teruskan menggaul ayam supaya semua ayam sebati dengan minyak. Ini supaya ayam tidak melekat pada kuali kerana minyak yang digunakan adalah sedikit.
Tips2: Boleh tambahkan air jika mahukan berkuah.

Kenapa Ainn namakan masakan ni ayam masak kicap istimewa? Tang mana istimewanya tu? Nampak macam biasa2 je.

Meh sini nak cerita. Satunya, sebab tadi masa Ainn tengah masak hubby tanya Ainn masak apa. Ainn sendiri tak tahu masakan apa yang Ainn masak. Yang Ainn tahu Ainn nak masak untuk dia. Kiranya istimewa untuk hubby la. Dan yang keduanya, ni kira tips la kepada siapa2 yang tak suka bawang. Disebabkan hubby tak suka bawang, kalau ada bawang mayang nipis macam mana pon, dah potong kecik mana pon dia akan kutip satu2 ketepikan bawang2 tu. Ainn pulak suka masak guna bawang banyak. Dah kawen ni je kurangkan kuantiti bawang dalam masakan. Nak balancekan citarasa kitorang Ainn tumbuk la bawang2 tu. Bila dah hancur takde la hubby bersusah payah nak ketepikan bawang2 tu dulu sebelom makan. Itu je. Hihihi takde apa yang istimewa sangat pon.

Lagi satu kenapa Ainn perap ayam tu dengan bawang sekali? Bukan ke selalunya kita masak ni perap ayam dengan garam dan kunyit je, bawang tu jadi bahan tumis kan? Jawapan Ainn senang je. Nak mudahkan kerja. Cepat je siap. Dan jugak supaya ayam tu meresap semua bahan2 tu. Kan takde kuah. Kalau dari awal lagi terpikir nak letak sos tiram memang awal2 lagi dah perap sama2 dengan sos tiram tu. Sebab lambat pikir la tak terperap sama2. Sudahnya sos tiram pon tukat kepada kicap. Kelam kabut punya pasal.

Sama la jugak dengan minyak tu. Selalunya kan kita goreng dulu ayam pastu ketepikan. Minyak tu nak kena buang dulu separuh, tinggalkan sikit aje untuk menumis. Kan ke leceh tu, banyak kerja nak kena buat. Lagi pon nak kena berjimat la, kan minyak dah mahal sekarang ni. Oppsss!

Singgang Daging Kelantan Yang Menjadi Dengan Sedapnya

Dah habis pantang lahirkan Aisy kami pindah balik rumah wan. Ye la ma nak kena jaga Chik Ana la pulak. Ngam2 Aisy 40hari Chik Ana lahirkan Qaseh. Hari ke45 baru kitorang balik rumah wan. Alah bukan jauh pon rumah ma ngan rumah wan ni. Jalan kaki pon dalam 5minit je kot, tu pon kalau jalan lenggang2 kangkung.

Dah duduk rumah wan ni kena la masak sendiri. Takde sape yang nak masak. Sejak mak kena serangan strok 2 1/2 tahun lepas wan beli je nasi untuk makan diorang berdua. Anak menantu balik ni boleh la jimat kos sikit bila masak. Walaupon sebenarnya bukannya sedap sangat. Wan sendiri pon dah maklum anaknya ni tak pandai masak. Hihihi.

Hari pertama kat rumah wan kitorang memulakan misi untuk masak memasak ni. Apa lagi? Beli barang2 dapur la; kering dan basah. Hubby ajak pergi Pasar Gua Musang. So untuk tengahari tu belom start masak lagi, makan kat rumah kak je kat Gua Musang. Boleh sambil2 melawat anak Chik Ana yang kuning tu.

Makan malam je la kena masak. Hubby request masakkan ikan rebus goreng. Ni menu kitorang kat rumah Ah Tong. Selalu hubby masak ni. Walaupon simple memang terangkat. Kena pulak nasi panas, ikan panas, budu pedas. Perghh menambah2 makannya.

Masa borak2 waktu makan tu Ainn bagitahu hubby plan Ainn nak masak singgang daging untuk makan tengahari esoknya. Banyak sangat daging korban yang jiran2 bagi masa Raya Haji dulu, belom berusik pon lagi. Tambah pulak Ainn dah lama tak makan singgang daging. Teringin sangat nak makan. Dulu2 mak suka sangat masak singgang daging ni. Nak pulak tang tulang, tak pon bahagian tulang rusuk. Seingat Ainn mak tak pernah masak masakan lain kalau tulang rusuk, melainkan singgang je. Arwah nenek pon suka singgang daging. T_T sedih pulak tiba2.

Oke xtaknak sedih2, nak sambung cerita ni. Bila Ainn bagitahu hubby niat murni la sangat Ainn tu hubby bagi respon positif. Rupanya dia pon dah lama tak makan singgang daging. Alamak, macam dia betol2 berharap je dapat makan singgang tu. Aduhh kalau tak menjadi macam mana? 'Tapi ni 1st time sy nak try masak. Kalau tak menjadi saya mintak maaf awal2 ya,'. Haa kan senang macam ni. Takot bagi harapan palsu pulak kat dia. Kalau tak sedap tu mungkin la, dibuatnya rupa singgang pon takde macam mana? Kes naya jadiknya.

Berkira2 dengan hubby bahan2 yang diperlukan. Huh rupanya dia pon tak tahu jugak. Main ingat2 lupa je bahan2nya, senang2 google aje la. Tapi hasil google pulak tidak seperti yang Ainn nak. Banyaknya masak sama macam singgang ikan je.

'Guna la key word "singgang daging kelantan!"'. Oh ye kan. Mungkin cara masaknya tak sama ikut negeri. Lagipon singgang daging ni setahu Ainn terkenal kat Kelantan dan Terengganu aje. Tapi yang sedihnya dah guna keyword tu pon hasilnya tak macam yang selalu makan jugak. Ainn refer pada gambar yang dishare je. Ada yang kuahnya merah macam mak Ainn selalu masak, tapi macam cair je. Sudahnya belasah sendiri je la. Guna je bahan2 yang rasanya perlu. Kali ni masak ikut resipi sendiri je.

Daging Singgang Kelantan

Bahan2:
Daging
2ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1inci lengkuas
3biji lada kering
1tsp ketumbar
1tsp garam
3cawan air

 Cara memasak:

  1. Potong daging kecil2.
  2. Bawang merah, bawang putih dan lengkuas dihiris nipis.
  3. Lada kering dan ketumbar ditumbuk kasar.
  4. Satukan semua bahan di dalam periuk. Renehkan sehingga daging empuk. Atau sehingga airnya kering menjadi 1cawan. Siap.



Dengan cara ini Ainn berjaya masak singgang daging dengan sedapnya. Wahh hubby siap makan bertambah2 lagi!

Haa senang je kan sebenarnya nak masak singgang ni. Patutlah orang selalu cakap masak singgang ni menu orang bujang. Tak pon menu time malas. Tapi hasilnya menyelerakan. Nak pulak makan dengan budu. Hurmm sebut pasal budu ni ada yang siap2 masukkan budu masa masak singgang tadi. Terpulang cara masing2 la ya.

**dah siap makan Ainn terbaca satu entry pasal masakan singgang daging Kelantan. Kena letak asam keping jugak ke? Hihihi Ainn tak taruk pon, almaklum dah lama tak makan dah lupa ada ke tak asam keping dalam tu.