Saturday, 31 October 2015

Lempeng Untuk Supper

Dah nak tido dah pon sebenarnya. Perot pon dah penuh. Ternampak pulak lebihan bancuhan tepung pagi tadi yang Ainn simpan. Sayang pulak nak buang. Cakap kat Oren kalo buat lempeng pon macam oke jugak kan? Daripada buang boleh la sekeping lempeng, walaupon kecik.

Resipinya sama je ngan resipi nak wat bancuhan tepung untuk crispy roti sardin roll tadi, dah memang ambik lebihan tu kan. Tapi takpe, mood baik sket sebab dah kenyang makan lempeng walaupon dah ngantuk so Ainn rajin sket la nak taip lagi sekali bahan2 nak buat lempeng ni, sebabnya Ainn ada tambah sket susu pekat lebihan wat roti bakar tadi.

Resipi Lempeng

Bahan2:
*3tbs tepung gandum
*1biji telur
*1tbs susu pekat
*secubit garam
*air
*sedikit minyak masak

Cara2:
1. Pukul telur bersama sedikit garam dan susu pekat.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau lagi.
3. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Panaskan minyak dan masukkan bancuhan tepung tadi. Ratakan pada permukaan pan.
5. Bila dah masak terbalikkan.
6. Angkat bila kedua2 permukaan masak.


Disebabkan guna lebihan pagi tadi je so dapat kecik gini je la. Oke la boleh jugak dimakan.

Perut dah kenyang, mata pon dah mengantuk, penat 4resipi hari ni, masa untuk rehatkan minda rehatkan badan. Gud nite :-)

Roti Bakar Lemak Manis Mengisi Kekosongan Ruang Perut Oren

Hish boleh pulak lupa nama resipi yang ni masa nak wat tittle untuk post kali ni. Nasib baik masa nak makan tadi Oren tanya apa nama roti ni. Hihi selamba je la Ainn jawab Roti Bakar lemak manis :-)

Rupanya tak cukup nasi gorenh tadi!? Ikutkan dan 2pinggan Ainn suap Oren makan nasi goreng tadi, tak tahulah perut jenis apa dia ni sorang. Tau2 je dia mintak sardin pagi tadi, memang dah habis la. Ainn pulak tak tau nak masak apa. Yang ada roti sandwich je la.

Bila Ainn bagitau Oren nak buat roti bakar sapu telur dia on aje, walaupon dia tak paham apa Ainn nak buat tu. Dia tengok je apa yang Ainn buat. Alah bukan susah pon. Resipi Ainn kan memang senang2 aje.

Resipi Roti Bakar Lemak Manis

Bahan2:
*5keping roti sandwich
*1biji telur
*1tbs susu pekat

Cara2:
1. Pukul telur dengan susu pekat.
2. Spreadkan pada roti sandwich.
3. Dengan api perlahan bakar roti. Pastikan bahagian yang dispread telur tadi ditelangkupkan. Sambil2 menunggu masak boleh spread telur di permukaan lagi satu.
4. Terbalikkan dan tunggu hingga masak. Boleh diangkat.
5. Ulang untuk kepingan roti yang lain.


Inilah rupanya roti bakar lemak manis tu. Ainn bakar guna non stick pan aje, tak payah guna minyak pon. Sedap je Oren makan. Kena ngan selera dia la tu :-)

Friday, 30 October 2015

Nasi Goreng Hujan Petang

Wee konon tadi kata nak masak nasi kan. Lupa pulak beras dah abes. Dah beli dah beras baru tapi dok kat bonet mangosteen lagi. Hish terok betol kan dah 3,4hari tak keluarkan lagi. Nak tak nak terpaksa la tunggu Oren balik dulu baru boleh tanak nasi tu.

Mujur jugak Oren kata belom lapar lagi, boleh la rehat dulu kejap. Rehat apanya sedap aje dia tido, mentang2 la ujan lebat. Dari balik keje tadi 6.30 baru bangun. Tu pon dah puas kejutkan asar ntah ke mana lagi.

Masa Oren dok sedap tido petang tadi lagi la Ainn bertungkus lumus tanak nasi, pastu goreng la nasi tu. Hihihi ni je yang mampu dibuat. Nasib la syg dapat bini macam sy.


Tanya Oren apa nama nasi goreng ni, dia boleh pulak tanya balik sape yang masak. Bukan dia yang masak so dia tak tau la. Ainn pulak masak main bedal aje. Haish tak tau la pulak nak letak nama apa. Disebabkan petang tadi hujan dengan lebatnya apa kata Ainn kasi nama dia Nasi Goreng Hujan Petang. Bila Ainn bagitau Oren namanya cepat je Oren jawab, sebab ujan tadi la tu. Hihihi suka ati la kan nak kasi nama apa pon. Resipi bedal nama pon bedal la. Jom semak resipi bedal ni.

Resipi Nasi Goreng Hujan Petang

Bahan2:
*2cawan nasi - diperoi
*100g isi ayam - potong dadu
*1biji telur
*6batang kacang buncis - dipotong 5mm
*1/2cawan ikan bilis - digoreng
*1ulas bawang putih - ditumbuk
*3biji bawang merah - ditumbuk
*8biji cili padi - ditumbuk
*1/2kiub ikan bilis
*1tbs sos tiram
*sedikit air
*1tbs minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, kiub ikan bilis dan air. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Kacau lagi.
4. Masukkan kacang buncis. Kacau.
5. Pecahkan telur. Biarkan keras sedikit kemudian kacau. Kemudian kacau bersama bahan2 lain.
6. Masukkan nasi dan gaul rata.
7. Tutup api. Taburkan ikan bilis goreng dan gaul lagi. Sedia dihidang.

Crispy Roti Sardin Roll Untuk Bekal Oren

Bila Oren pitam kat ofis semalam cuak je rasa. Dia tak cukup makan ke? Tiap2 malam lepas balik keje kalo dia tak masak Ainn selalu bawak dia makan kat luar. Ralat jek rasa bila dia sampai pitam.

Mungkin sebab malam sebelom tu dia makan sikit je kot. Memang la beli nasi lemak kat pasar malam tu 2bungkus, tapi bungkusan kedua tu Ainn sentuh jugak separuh tinggal separuh je lagi. Nak pulak nasi lemak tu sikit jek. Ada kemungkinan jugak la dia makan tak cukup kan sampai pitam.

Nampak gaya kali ni nak kena extra la jaga makan dia. Kena pastikan pagi2 perutnya berisi sebelom buat keje. Ainn ni bukan tau sangat pon bab masak ni. Disebabkan dah ada roti, sardin pon ada buat roti sardin je la yek. Simple gini je la yang Ainn boleh buat.

Resipi Crispy Roti Sardin Roll
Bahan2:
*1tin kecil sardin
*1ulas bawang putih - dimayang
*1biji bawang merah - dimayang
*Roti keping secukupnya - dilenyek
*3tbs tepung gandum
*1biji telur
*secubit garam
*air
*sedikit minyak masak

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sardin dan sedikit air. Sambil2 kacau sambil2 hancur2kan.
3. Agak2 dah masak bila menggelegak dan ikut kepekatan yang kita nak boleh tutup api.
4. Ambil sekeping roti, spread sardin yang dah hancur tadi pada roti.
5. Gulungkan dan kemaskan supaya tidak terburai. Potong 2. Ketepikan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 pada kepingan roti lain sehingga roti/sardin habis.
7. Pecahkan telur di dalam mangkuk berasingan. Pukul bersama sedikit garam.
8. Masukkan tepung gandum. Kacau lagi.
9. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
10. Panaskan minyak di dalam kuali.
11. Celupkan roti yang dah digulung tadi ke dalam bancuhan tepung.
12. Goreng sehingga masak.

Dah siap, sedap dihidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yang ni untuk Ainn. Oren punya dah siap subuh tadi lagi, dia taknak mayonis dan sos cili tu, nak makan gitu ke katanya. Ikut selera masing2 la ya.

Oke dah dekat pukul2 nak masak nasi pulak. Pasni Oren dah nak balik nak kena masak tuk tengahari la pulak. Nak masak apa yek? Tengok la malam ni kalo Ainn update :-) 

Sunday, 25 October 2015

Nasi Goreng Hujung Bulan

Dah ujung2 bulan macam ni sesak je rasa nak tunggu dapat gaji. Dah lama tak masak terpaksa la merajinkan diri memasak. Kalo tak masak nak makan apa?

Bila dah ujung bulan masak je apa yang ada, makan je apa yang ada. Walaupon kakitangan awam dah masuk duit gajinya Khamis lepas, disebabkan belom dikeluarkan lagi boleh jugak ikut resipi ni. Kalo dah ambik duit tu takde la pulak keluar resipi ni. Sementara gi cucuk duit tu kita masak la guna resipi ni dulu yek.

Resipi Nasi Goreng Hujung Bulan

Bahan2:
*1cawan nasi - diperoi
*5biji bebola ikan - dibelah 2
*1ulas bawang putih - diketuk dan dimayang
*3biji bawang kecil - dimayang
*Secubit penampah perasa
*1tsp paprika
*1/2tsp serbuk lada hitam
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau lagi.
4. Perasakan dengan penambah perasa, paprika dan lada hitam. Gaul sebati.
5. Siap!

Inilah hasilnya. Nampak macam tak sedap. Disebabkan dah takde pilihan lain habis jugak bila dimakan :-)

Monday, 19 October 2015

Koktail Bling-Bling


Very the simple. Tak payah masak!

Pagi tadi mintak anak2 ambikkan barang2 kat kete bukan main lagi diorang menjerit, 'hari ni masak ke?' Wahh berbunga2 ye hati korang kalo ada kelas masak!?

'Hari ni tak masak!'
Hahahha potong stim betol la Cikgu Nurul ni. Ala dah memang tak masak pon kan? Main campak2 je, pastu siap!

Resipi Koktail Bling-Bling

Bahan2:
*4tin susu cair
*3liter jus oren - Ainn guna peel fresh
*5cawan yogurt
*3tin laici - airnya gunakan 1tin je
*50biji agar2 sumi
*30biji puding mangga - yang bentuk ala mangkuk tu

Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Sejukkan di dalam peti ais.

Ni la kelebihannya bila guna peel fresh, ada pulpa buah oren lagi! Tak pon boleh jugak guna brand sunkist ke, tropicana twister ke, atau apa2 je lah yang ada pulpa oren ni. Anak2 punyalah suka, sampai menambah2. Bapak dia pon sama. Haa tu la Azri dulu ko ngutuk aku kaw2 cakap aku tak pandai masak kan? Sekarang ni bukan main ko nambah2 yang aku buat. Air tangan anak dara ni... heh!

»credit to Salwa untuk nama menu ni :-)

Tuesday, 13 October 2015

Resipi Abuk-Abuk

Wee dah lama kan Ainn tak hapdet pape kat sini. Ini menunjukkan dah lama la Ainn tak masak. Sebab tu la takde apa yang nak share kat sini.

Kali ni Ainn nak share resipi macam mana nak buat abuk2. Ni kira cara moden la, ikutkan cara sebenar kan bungkus dalam daun pisang. Sebab susah nak dapatkan daun pisang kat sini buat dalam bekas je la.

Resipi Kuih Abuk-Abuk

Bahan2:
*3tbs biji sagu hijau
*2tbs kelapa parut
*Secubit garam
*Serbuk gula melaka secukupnya

Cara2:
1. Bersihkan sagu, toskan.
2. Masukkan sagu, kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Letakkan sesudu campuran sagu tadi ke dalam bekas. Padatkan.
4. Tabur serbuk gula melaka di atasnya.
5. Ulang langkah 3 & 4 sehingga campuran sagu habis.
6. Kukus sehingga masak.


Macam ni la hasilnya abuk2. Nampak macam tak cantik, sebab tak nampak lapisan dia kan. Nanti buat cantik2 lapiskan betul2, kasi nampak dia punya lapisan tu. Caranya pon mudah je, sama je macam buat cheesekut.