Sunday, 25 October 2015

Nasi Goreng Hujung Bulan

Dah ujung2 bulan macam ni sesak je rasa nak tunggu dapat gaji. Dah lama tak masak terpaksa la merajinkan diri memasak. Kalo tak masak nak makan apa?

Bila dah ujung bulan masak je apa yang ada, makan je apa yang ada. Walaupon kakitangan awam dah masuk duit gajinya Khamis lepas, disebabkan belom dikeluarkan lagi boleh jugak ikut resipi ni. Kalo dah ambik duit tu takde la pulak keluar resipi ni. Sementara gi cucuk duit tu kita masak la guna resipi ni dulu yek.

Resipi Nasi Goreng Hujung Bulan

Bahan2:
*1cawan nasi - diperoi
*5biji bebola ikan - dibelah 2
*1ulas bawang putih - diketuk dan dimayang
*3biji bawang kecil - dimayang
*Secubit penampah perasa
*1tsp paprika
*1/2tsp serbuk lada hitam
*Sedikit minyak

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil dan bawang putih.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau lagi.
4. Perasakan dengan penambah perasa, paprika dan lada hitam. Gaul sebati.
5. Siap!

Inilah hasilnya. Nampak macam tak sedap. Disebabkan dah takde pilihan lain habis jugak bila dimakan :-)

No comments:

Post a Comment